Pameran Buah Nadir dan Sayuran Tradisional @ MAHA 2010

pameran-buah-nadir

Pameran MAHA  2010 merupakan acara pameran pertanian terulung di adakan Malaysia setiap 2 tahun sekali. MAHA 2010 berlangsung daripada 26 November 2010 sehingga 5 Disember 2010. Pada anda yang berkesempatan, boleh berkunjung ke sana. Macam-macam info  terkini serta teknologi terkini dalam pertanian boleh anda pelajari. Pelbagai agensi dalam bidang pertanian seperti Jabatan Pertanian, MARDI, LPP, FAMA dan lain-lain lagi turut mempamerkan pelbagai informasi, kajian-kajian terkini, dan perkembangan semasa dalam sektor pertanian. Memang rugi kalau tidak pergi sekarang…

pameran-buah-nadir2

Antara pameran yang turut menarik ramai pengunjung ialah Pameran Buah Nadir dan Sayuran Tradisional yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian.

pameran-buah-nadir3

Pelbagai jenis sayur tradisional dan buah nadir yang boleh anda lihat secara live.. Antara gambar-gambar yang saya dapat kongsikan bersama anda.

pameran-buah-nadir4

Memang sesak dengan orang ramai yang sememangnya tertarik untuk melihat buah dan sayur yang jarang dapat dilihat sekarang.

pameran-buah-nadir5

Salah seorang pengunjung yang sedang khusyuk untuk meneliti sayuran tradisional dengan lebih dekat lagi.

pameran-buah-nadir6

Bersambung lagi untuk artikel akan datang mengenai aktiviti dan program yang berlangsung di MAHA yang sempat saya rakamkan. Bagi yang tidak berkesempatan untuk pergi ke sana boleh membaca artikel yang seterusnya..

Number of View :8747

11 comments

  1. Salam semua,

    Pameran 2010 ni tak sempatlah saya pegi tengok, tahun sebelumnya dah pegi, rasanya akan boleh lagi tengok. menarik dan banyak info yang memberi manfaat dan idea kepada kita.. peluang pun banyak yang boleh kita nampak..

  2. Saya baru saja balik dari MAHA2010. Memang betul, kalau tak pergi, rugi! Saya akan kembali hari Khamis ini!

    Tetapi sayang nya tak dapat beli sayur-sayur unik itu dan seterusnya menanamnya supaya tidak luput dari mukabumi kita.

    Konsep baru yang saya lihat adalah yang menunjukan usaha gigih pertandingan sekolah-sekolah membuat lanskap dalam akuarium.

    Saya turut minat dalam perkara ini dan alangkah bagus kalau dapat tahu dari mana dapt membelinya!

  3. Memang bez la bila tengok pic kat MAHA sume tu..xpuas tengok pic je.nak jugak pergi sane tengok depan2..ni rase mcm nak pergi.

  4. Memang dah 2 tahun saya pegi melawat MAHA kerana nak cari pokok2 disana. Terutama dengan pokok2 herba dan pokok2 yg tak penah saya tengok spti yg tertera di blog anda.

  5. selamat sejahtera…

    terima kasih atas maklumat yang diberikan.

    saya nak tanya la…kalau berkaitan dengan kursus-kursus pertanian di mana saya bole rujuk …
    mungkin ada pihak kementerian pertanian ada menganjurkan kursus jangka pendek … saya berminat bahagian pertanian tetapi saya juga adalah seorang penjawat awam…jadi mungkin saya bole jadikan pertanian sebagai memenuhi hobi saya secara lebih serius…

    terima kasih

  6. A’kum wbt..

    Terima kasih dan banyak lagi yang perlu saya pelajari mengenai tumbuhan herba. Blog ini sangat berfaedah dan memberi banyak pengetahuan kepada pegamalnya.

    Sekian wasalam.

  7. sy telah berkesempatan melawat MAHA 20101 pada hari sabtu 27/11. walaubagaimanapun, x dpt melawat keseluruhan pameran kerana lebih menumpukan dalam bidang makanan kerana sy merupakan seorang pensyarah dalam bidang teknologi makanan.
    bagi saya pameran ini sgt bagus.untuk melawat semua pameran, saya rasa mengambil masa dua hari baru habis.

  8. saya amat berminat untuk pergi tapi apakan daya saya tinggal di luar Malaysia dan tidak dapat menghadirkan diri ke pameran tersebut….mintak tolong kongsi apa2 teknologi yg terkini yg dipamerkan disana

  9. MEMANG SERONOK. SAYA PERGI PADA HARI PERTAMA PEMBUKAANNYA 26/11/10 JOM
    RAMAI-RAMAI PEGI. MACAM-MACAM PENGETAHUAN YANG BOLEH DITIMBA DISANA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam