Paku Rawan

paku-rawan

Artikel mengenai paku rawan ini pernah saya tuliskan pada April 2010 lalu. Masa itu, saya mengenali paku rawan di pasar tani di Kg. Gajah, Perak. Macam-macam komen dan respon dari pembaca Blog ini mengenai tumbuhan yang hidup liar di kawasan berair terutama di tepi parit dan di sawah padi. Tumbuhan ini rupa-rupanya mempunyai pelbagai nama panggilan mengikut negeri. Nama lain bagi sayur tradisional ialah keladi merawan, keladi bunga keloyok, centongan (bahasa jawa),  keladi sesenduk (daunnya menyerupai senduk), selimpat, kemelin, kelayau, genjer, keladi itik, lagung, samsir dan pelbagai lagi.

keladi-rawan

Sebenarnya saya memang biasa jumpa tumbuhan ini, cuma tidak tahu rupa-rupanya sayur tradisional ini boleh dijadikan Ulam dan pelbagai jenis masakan. Sayuran tradisional ini bukan sahaja didapati digunakan oleh masyarakat di Semenanung tetapi  juga di Sabah Sarawak. Selain dijadikan ulam, antara cara-cara lain penggunaaan paku rawan ini ialah dicelur dan dijadikan sebagai sebahagian daripada sayuran pecal, masak tumis kering, gulai lemak, dijadikan bahan dalam sayur kerabu dan beberapa jenis masakan lain. Menurut beberapa pendapat menyatakan sayur ini tidak elok dimakan terlalu banyak kerana akan menyebabkan sakit kepala, sakit urat dan lenguh-lenguh badan.

Jika anda biasa makan paku rawan ini, diharap dapat dikongsikan bersama.

Number of View :10304

16 comments

  1. salam. masa kecik2 dulu penah jugak mkn sayur ni..kalau kt kpg saya di sri aman, sarawak kitaorang panggil ‘daun emparuk’. Biasa arwah nenek buat sebagai ulaman, sayur tumis ataupun jeruk..yg pastinya mmg sedap. sekrg ni dah x pernah mkn sayur ni lg..

  2. Memang sedap paku rawan ni dibuat sayur. Tak kiralah masak tumis kering/lemak/pecal dsb. Mak & ayah saya panggil centongan/genjer. Tak tau pula ianya boleh mendatangkan kesan sampingan. Rasanya tak ramai yang tahu ianya boleh dimakan sebab tak ramai yang beli di pasar tani/malam.

  3. waktu saya kecil dahulu sekitar tahun 60an biasa makan benda ni tetapi setelah banyak sayur dan mudah diperolihi dipasar tanaman ini semakin hilang.
    rasanya tak ramai dari generasi muda kini yang pandai nak memesaknya.
    jika nak cari pergilah direpi parit besar atau bendang diman saja.

  4. paku rawan kegemran sya, buat asam pedas ikan air tawar dan kerabu kerisek masukkan kerang atau perut kitab, nak resipi kena tanya bini saya

  5. Saya kenal tumbuhan ini dengan nama paku rawan. Biasa makan ketika lewat 60an. Nenek saya rebus dan buat kerabu. Biasa ikut nenek untuk memetik paku rawan di dalam sawah padi. Ketika itu padi telah dituai.
    Rasanya sedap… kata orang tua-tua paku rawan tak boleh makan banyak nanti sakit angin.

    Tahun 60an nenek saya pelihara itik jawa. Paku rawan juga boleh dijadikan makanan itik dengan cara merebus, potong halus dan digaul bersama dedak.

  6. Di tempat saya namanya genjer (jawa), dulu sering makan sayur ini memang seperti keladi/ lompong jawa. Sekarang dah jarang didapat, mungkin di desa/kampung daerah bawah/basah masih mudah didapat.

  7. saya mula mengenali keladi paku rawan sejak saya tinggal di utara,selalu jugak metua saya masak dan panggilan disana adalah keladi jarak..tetapi metua saya melarang kepada sesiapa yang ada angin dalam badan yang banyak supaya tidak memakan keladi jarak ini bimbang akan sakit urat,jd saya tak pernah memakan keladi ini atas nasihat tersebut,bimbang jugak takut sakit badan tambahan pulak saya ni baru beberapa bulan bersalin memanang tak sesuai la kalau nk makn keladi tersebut,metua saya selalu menggunaknkan keladi ini dalam masakan gulai kari ayam

  8. ISTERI SAYA SUKA MAKAN ULAM PAKU RAWAN NI,REBUS DULU DAN CICAH SAMBAL BELACAN KATANYA SEDAP. SAYA TIDAK SUKA.PANTANG DIA JUMPA DI PASAR TANI MESTI DIBELINYA….

  9. Salam. Tok pertama kali makan sayur centongan ni semasa adik Tok masak sewaktu balik ke kampung. Adik Tok masa tu masak goreng bertumis. Tok tak makan banyak sangat tapi rasanya sedap juga walau pada mulanya Tok agak takut dan geli nak makan mungkin masa tu dia masak terlalu layu (lunyai) … hehehe.

    Terima kasih di atas rencana yang menarik. Syabas dan Tahniah!

  10. paku rawan popular , kerabu boleh ulam boleh asam pedas boleh bla bla…tapi paling best sekali wat kerabu dg kelengkap dalam. buh kerisik lebih sikit n asam jawa mau ada.mamang sedap.

  11. Syur nie mmg sdp sgt…slain buat ulam mkn ngan smbal belacan pun sdp gak…sya mkn syur nieh start dri umr 7 thun smpai skang nieh da 22 tahun….tpi ulam nie sng jmpa dkt kg je skng nieh…dkt sbng nieh,celah mnalah nk jmpa ulam kg yg pling sdp mcm ngan paku merawan nieh…so klu sya nk mkn ulam nieh,almtnya kna blik Perak dululah jwbnya bwu dpt mkan ulam nieh =p

  12. hehehehe…. tu pucuk “genjer” …. goreng dgn cili api… bawang merah kecik… tumbuk dgn bwng putih & ikan bilis 2-3 eko…mmg sedap…. kalo petik secekak…. lepas goreng… dikecut…. jadi sejemput je… x cukup kalo mkn member nak tompang skaki.

  13. haie …pucuk rawan ni buat ku terliur nak rasa..Dulu masa kecik -kecik memang suka makan.paling best buat karbu campur udang padang.tapi sekarang susah nak dapat.kalau naksib baik adakat pasar sehari.paling simple rebus makan dengan sambal belacan.taruh cili padi….uu sedap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam