Paku Pakis penyeri taman

bird-nest

Kebanyakan laman mempamerkan konsep landskap tertentu di mana spesies paku-pakis kelihatan mendominasi kehijauan semula jadi.Penggunaan warna kontra dan terang kurang digalakkan dari segi pembinaan landskap kejur atau landskap lembut dapat menimbulkan suasana ceria.Lantaran itu jika diteliti secara mendalam, kebanyakan laman kediaman menjadikan hijau dan natural sebagai latar belakang.
Spesies paku-pakis sebagai tanaman pilihan hijau semula jadi merealitikan ketenangan dan keharmonian yang diilhamkan.Penggunaan paku-pakis jenis asplenium nidus, blechnum gibbum, davallia denticulata, nephrolepis dan nephrolepis exaltata sebagai penyeri laman disebabkan tumbuhan ini senang ditemui dan tidak memerlukan penjagaan rapi.

Sifat fizikalnya yang mudah tumbuh dan cepat subur antara alasan utama ia bagaikan ‘raja pokok’ untuk setiap konsep.Kini spesies paku-pakis jenis asplenium nidus atau ‘bird’s nest fern’ paling popular dan menjadi elemen tanaman terpenting sebagai tumbuhan asas untuk kolam buatan atau di tepi air berpancuran laman.Dominasi kolam dalam taman yang dihiasi spesies paku-pakis juga mampu membentuk persekitaran yang lebih sejuk ditambah dengan kawasan berangin.Bukan hanya penyeri kediaman, malah asplenium nidus juga sering dilihat mempamerkan landskap menarik dan mempesonakan saujana indah mata memandang di tepi jalan raya.Bukan itu sahaja, daunnya sangat popular dalam melengkapkan pelbagai konsep seni gubahan bunga.

Pakis atau fern merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai 20 ribu spesies dalam divisyen Pteridophyta. Pakis merupakan tumbuh-tumbuhan vaskular, menghasilkan spora, tidak mengeluarkan bunga atau menghasilkan biji benih.Dalam rekod sejarah, pakis dipercayai telah mula wujud pada dua juta tahun lepas dan ini dibuktikan pada penemuan fern dalam fosil Carboniferous (ukuran masa geologi). Namun ada juga kenyataan yang menjelaskan bahawa pakis sudah mula tumbuh beratus juta tahun lepas.

Berbanding tumbuh-tumbuhan berbiji benih, pakis tidaklah memainkan peranan yang begitu besar dalam sumber ekonomi namun kehadirannya turut penting. Banyak jenis pakis popular ditemui tumbuh dalam persekitaran yang agak lembap dan seterusnya digunakan sebagai penyeri taman.

Number of View :12230

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam