Pakawali

Sememangnya, dalam kebanyakan sistem perubatan herba di serata dunia, pokok pahit dianggap sebagai pengimbang pemakanan yang menyejukkan tubuh dan penawar bisa dalam toksik.
Dalam kaedah perubatan herba Barat, bahan herba pahit dianggap sebagai memainkan peranan utama dalam perubatan pencegahan.
Umumnya, bahan herba pahit berfungsi dengan menambah selera, merangsang enzim pencernaan dan perembesan hempedu daripada hati, serta meningkatkan penghasilan insulin.

PAKAWALI atau tinospora cordifolia merupakan sejenis pokok tropika yang terkenal dengan rasa pahitnya dan tumbuh menjalar.
Ia mudah dikenali daripada daunnya yang berbentuk jantung dan batangnya yang berduri.
Sebagai sejenis tumbuhan yang tahan lasak, tumbuhan ini banyak ditemui di kampung-kampung dan taman-taman.
Malah, pokok ini akan menakluk pagar anda jika dibiarkan begitu saja! Banyak jenis bahan kimia menarik telah didapati pada pokok ini dan ia telah menjadi bahan kajian.

Pakawali digunakan dengan meluas dalam keadaan perubatan ayuveda, iaitu dalam sediaan herba untuk melawan jangkitan dan radang.Ia juga digunakan dalam rumusan tonik penambah tenaga dan pengubat lemah syahwat lelaki.
Dalam jamu Indonesia, ia digunakan dengan meluas dalam pelbagai tonik dan untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah.

*Pelindung hati.Penyelidikan saintifik di India telah menunjukkan bahawa pakawali meningkatkan fungsi enzim hati, melindungi sel hati daripada aktiviti radikal bebas dan berkesan dalam rawatan penyakit hati kronik dan jaundis (penyakit kuning).

* Meningkatkan sistem imun.Sesetengah ujian menunjukkan bahawa ia mempunyai kesan terhadap peningkatan sistem imun dengan meningkatkan aktiviti sel darah putih dan meningkatkan aras antipengoksida.

Dalam satu ujian yang membandingkan pakawali dengan antibiotik melibatkan jangkitan E. Coli pada mencit, haiwan yang dirawat dengan pakawali menunjukkan tahap penyembuhan yang lebih baik, bukan kerana sifat antibakteria pada pakawali tetapi kerana peningkatan imun pada haiwan ujian.

Pakawali juga telah diuji untuk menilai kemampuannya memperbaik tidak balas terhadap tekanan pada haiwan apabila terkena rangsangan memudarat. Keputusannya sama dengan ginseng dan herba tempatan kita tongkat ali – ia meningkatkan ketahanan terhadap tekanan dan mengurangkan keresahan.
Para penyelidik di India yang mengkaji kesan penawar ulser (borok) pakawali apabila digabungkan dengan pegaga (centella asiatica), mendapati tindakan pelindung terhadap ulser (keborokan).

Di kampung-kampung di serata Asia, pokok menjalar ini direbus setiap hari secara berasingan ataupun dicampur dengan herba lain dan airnya diminum sebagai penawar tradisional untuk diabetes.

Penyelidikan yang dijalankan oleh Dr. Hamdan Noor dan rakan-rakannya dari Jabatan Biologi, Universiti Putra Malaysia (UPM), berhubung pakawali dan kesannya terhadap kandungan gula dalam darah mendapati, dengan kawalan makanan pakawali amat berkesan sebagai penawar diabetes pada peringkat awal.

Bagaimanapun, ia tidak harus digunakan ketika menerima insulin kerana ia boleh memporak-perandakan keseimbangan gula.
Dalam hal pokok pahit, ada baiknya kita turut memasukkan herba pokok pahit ke dalam makanan harian keluarga kita.

Seperti kata pepatah, yang pahit itu manis akhirnya, manakala yang manis itu pahit akhirnya.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :7361

9 comments

  1. Jiran saya beria-ia suruh saya tanam pokok supaya ia dapat menjalar di pagar. Di suruh rebus daun dan minum air nya dicampur degan air minuman harian. Tidak mudarat kah jika kerap diminum air Pakawali ini. Benar kah khasiat nya saperti tertulis diatas?

  2. salam,
    menurut pengetahuan saya, patawali (seperti yg tumbuh menjalar di laman pagar rumah emakku di kampung), adalah tumbuhan berbentuk akar menggerutu dan di tumbuhi daun2 berbentuk hati (sama sekali tidak sama dengan gambar yg ditunjuk di atas). ianya tidak mengeluarkan buah. patawali sangat sesuai untuk mengubat kencing manis. getahnya amat pahit.

  3. Memang betul apa yg firaun ckp…tp yg gambar yg admin
    upload tu pun betul….fokus pada akar yg berdaun bentuk hati tu.Yg berbuah tu akar pokok lain yg ditumpangi akar patawali tu..Cuma kalau dpt gambar pokok patawali tu yang lebih dewasa & tanpa pokok lain ianya lebih baik dan jelas….baru boleh nampak rupa sebenar akar patawali yang agak menggerutu

  4. saya ade sedikit stok akar yang telah dikeringkan.Memang pait…tapi bagi yang berdarah tinggi…boleh mencuba. Ada sesiapa tahu bagaimana nak kekalkan keasliannya(simpan lama)?

  5. pakawali ni mmg pahit rasanya.mak kate, kalu amalkan makan pakawali ni, nyamuk pun xnak dkt sbb darah pn rase pht. xtau la fact ke tak tapi, nenek sy yg amalkn mkn pakawali ni memg xda nyamuk yg dtg kt dia.sy pernah mkn tapi skt jela.memg pht sgt2 smpai xselera nk mkn mkann lain, pastu 3hri pun rase dia ade je lg. haha. ade juga org ltk kt puting susu baby, nk suh baby tu benti mnum susu dgn botol.org yg mkn bakawali ni blh hndar dr kencing manis n darah tggi.mak sy mkn bakawali n xda 2 penyakit tu.boleh amalkan pada sesiapa yg thn pht.

  6. saya mencari akar patawali ni untuk dibuat kajian. ada sesiapa yang tahu, di mana saya boleh dapatkan akar pokok ni? saya nak banyak. kalau boleh, saya nak tanam supaya mudah untuk saya buat kajian.

  7. saya ismail bakar dari felda selancar 3 pahang,,seorang peneroka felda,,,,itiviti prujet sampingan,,,tanamam pokok patawali,,pokok hempedu bumi,,pokok subang ninik,,,dan serai kompong,,,cili kokmpong,,,dan lain lain,,luas kawasan 4 ekar,,,,,,,,patawali campor hempedu bumi,,,,buat kepsul,,,,untuk ssm bs3herb keluaran,,,,bagi darah tingi dan kencing manes,,,,,banyak dah terjawap di kawasan saya,,,,,,,,peranan saya ,,,tanam peroses dan jual,,,,,sesiapa berminat tel 0197218109,,,herga termurah malaysia,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam