Buah-buahan Tropika

Di kawasan atau wilayah tropika dikatakan mempunyai lebih 2,000 spesies buah-buahan dan tanaman yang boleh dimakan, namun hanya 40-50 spesies yang terkenal di pasaran antarabangsa seperti pisang, mangga, betik dan nanas. Bagi yang berminat untuk mengetahui jenis buah-buahan tropika yang lain bolehlah rujuk Buku seperti di atas bertajuk ‘Tropical Fruits and Other Edible Plants of the World’.

Di dalam buku ini terdapat lebih 300 spesies buah-buahan tropika dan subtropika termasuk sayur-sayuran buah, rempah ratus, umbisi dan palma. Untuk bacaan selanjutnya anda boleh download Ebook ini di dalam Grup Telegram >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :459

Statistik Pembaca Blog Tahun 2019

Cepat benar masa berlalu. Sedar tak sedar, Tahun tahun 2019 sudah hampir ke penghujungnya. Maaflah jika Blog ini kurang memuaskan serta jarang sekali memberikan update terkini kepada anda. Doakan saya terus rajin menulis artikel-artikel baru. Kesempatan ini, biarlah saya update sedikit Statistik Blog ini sepanjang 8 bulan yang lalu (tahun 2019).

Statistik pelawat menunjukkan jumlah pelawat tertinggi sebulan adalah pada bulan Julai 2019 iaitu sebanyak 35,358 orang pelawat. Manakala bilangan pelawat terendah adalah seramai 24,658 pada bulan Februari 2019. Purata pembaca setiap hari pada bulan Ogos 2019 yang lalu adalah lebih kurang 979 yang mana setiap orang pelawat yang berkunjung ke Blog ini akan membaca (page view) sekurang-kurangnya 7 artikel.

Number of View :471

Durian Hutan @ Hulu Langat

Pada 17 Ogos yang lalu, saya berkesempatan ke Hulu Langat untuk mencari Durian Hutan yang dikatakan banyak dijual di sana. Durian Hutan atau nama saintifiknya Durio lowianus tidaklah popular berbanding durian yang biasa kita makan atau nama saintifiknya Durio zibethinus. Menurut rujukan terdapat 4 varieti atau jenis durian hutan daripada spesies Durio lowianus.

Salah satu varieti durian hutan adalah seperti di dalam gambar yang sempat saya ambil yang dikenali sebagaiThe Purple Punk’. Nama ini diberikan oleh penulis Blog yearofthedurian.com disebabkan warna kulitnya yang sedikit merah keunguan. Nama tempatan untuk durian hutan jenis ini saya tidak pasti dan penjual buah tersebut pun tidak berapa yakin akan namanya. Harga saya beli ketika itu lebih kurang RM6/kg. Dapatlah beli 3 biji dengan harga lebih kurang RM20.

Durian Hutan sangat berbeza dengan durian yang biasa kita makan. Durinya lebih panjang dan runcing manakala tangkainya lebih pendek. Rasanya juga jauh tidaklah semanis durian yang biasa tetapi isinya lebih pekat dan ‘melekat’. Walaupun isinya nipis namun pada saya ia masih mempunyai rasa yang tersendiri dan unik. Susah nak diceritakan secara terperinci, rasa dahulu baru tahu.

>> Dapatkan Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan herba.. tanaman hiasan dan seangkatannya di sini.. >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :525

Pokok Yucca

Pokok Yucca atau nama saintifiknya Furcraea spp tergolong dalam famili Asparagaceae. Pokok yang sering dijumpai ini kebiasaanya dijadikan tanaman hiasan yang sesuai ditanam samada di luar kawasan atau di dalam rumah (tanaman indoor). Pokok ini merupakan tumbuhan yang tahan lasak dan penyelenggaraannya juga tidak susah. Tekstur daunnya juga unik menyebabkan ia sesuai dijadikan tanaman landskap di sekitar pejabat.

Pokok Yucca dikatakan lebih cepat membesar di kawasan yang mempunyai panas yang mencukupi. Saya tertarik dengan tumbuhan ini setelah melihat ia mengeluarkan bunga dihujung daunnya. Jarang sekali dapat melihat pokok ini mengeluarkan bunga.

Setiap jambak bunga menghasilkan puluhan kuntum bunga bewarna putih yang sangat cantik. Saya anggarkan lebih kurang 80-100 kuntum bunga.

Setiap kuntum bunga Yucca mempunyai 6 kelopak (petal) bunga. Kalau tidak silap saya setiap jambak bunga akan bertahan dalam lingkungan 1-2 minggu sahaja. Kemudian ia akan gugur ke bumi.

>> Dapatkan Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan dan seangkatannya di sini.. >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :573

Sarang Kerengga

Kerengga atau nama saintifiknya Oceophylla smaradgina sememangnya sangat dikenali dan mudah dijumpai pada pokok buah-buahan. Apa yang membuatkan orang tidak suka akan kerengga ini adalah ia akan mengigit mangsa yang cuba mengganggu koloni atau sarangnya. Daripada pemerhatian, Kerengga ini akan membuat sarang daripada daun masih hijau atau masih muda dan ada yang membuat sarang daripada daun yang telah matang.

Saya juga turut tidak suka akan kerengga ini kerana hampir ke semua pokok mangga yang ditanam di sekitar rumah terdapat sarang kerengga yang menghuninya. Ia menyebabkan kesan kerosakan pada pucuk mangga yang baru tumbuh. Apabila kita mendekati pokok mangga ini untuk membuat kerja-kerja pemangkasan pokok, kerengga akan menyerang dengan menggigit secara aggresif. Memang tidak tertahan gigitannya sekiranya kerengga yang datang sangat banyak, dari kaki hingga naik ke bahagian kepala. Kesan gigitan kerengga tidaklah teruk, kebiasaannya akan terasa sedikit kegatalan pada kulit bergantung pada seseorang.

Sehingga kini, saya sendiri belum pasti bagaimana cara untuk menghalau, menghapuskan atau mengurangkan populasi kerengga ini. Ada yang mencadangkan supaya menggunakan racun semut. Ada membeli racun tersebut tetapi masih belum sempat mencubanya.

Bolehkah membakarnya dengan api ? Daripada rujukan laman web pejabat Mufti menyatakan bahawa seseorang itu tidak boleh mengazab sesuatu itu dengan api yang mana ia merupakan perbuatan yang dilakukan oleh Allah S.W.T. Justeru, tidak boleh untuk membunuh atau mengazab mana-mana haiwan dengan menggunakan api dan pembakaran.

Namun, terdapat pengecualian terhadap haiwan-haiwan yang memberikan gangguan atau memudaratkan seseorang itu dan tidak ada cara lain untuk membunuhnya melainkan dengan cara menggunakan api.

>> Dapatkan Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan herba.. tanaman hiasan dan seangkatannya di sini.. >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :540