Kebun Buah Markisa

Semasa lawatan ke Kundasang beberapa bulan yang lalu, saya sempat berkunjung ke Kebun Buah Markisa yang diusahakan oleh seorang petani. Yang menariknya buah markisa ini hanya menggunakan bahan organik namun masih dapat mengeluarkan hasil yang baik.

Pengusaha ini tidak menjual buah ini secara terus sebaliknya menekankan konsep pelancongan agro di mana pelancong boleh melawat ke kawasan pertanian dan memberi peluang kepada pengunjung untuk memetik buah markisa dan lain-lain tanaman yang diusahakan di kawasan tersebut.

Jika anda berkunjung ke Ranau boleh singgah ke kebun markisa ini. Kebun ini terletak berdekatan dengan Jic Seng Nursery yang menjual pelbagai jenis tanaman hiasan.

>> Dapatkan Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan dan seangkatannya di sini.. >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :249

Taman Kinabalu Sabah

Pada hujung Februari yang lalu saya sempat berkunjung ke negeri Sabah dan singgah sebentar ke Taman Kinabalu. Taman Kinabalu pada asalnya mempunyai dua buah stesyen utama, yakni Ibupejabat Taman Kinabalu di Tenompok (5 km dari Kundasang), dan Stesyen Mata Air Panas Poring (38 km dari Ibupejabat Taman Kinabalu dan 18 km dari Ranau).


Taman Kinabalu berkeluasan 75,370 hektar ini diwartakan sebagai sebuah Taman Negara pada tahun 1964 dan kemudiannya diubah nama kepada Taman Kinabalu pada tahun 1984. Tujuan Taman-Taman ini diwartakan adalah untuk mengekalkan keindahan alam dan melindungi flora dan fauna yang terdapat di dalamnya.

Kawasan yang menjadi tapak peranginan semulajadi ini telah menjadi tumpuan pelancong dan pendaki dari jauh dan dekat. Keindahan alam, kekayaan flora dan fauna ini diiktiraf seluruh dunia dan telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.

Penyelidikan saintifik membuktikan bahawa Kinabalu mempunyai salah satu Flora yang terkaya di muka bumi ini seperti yang dilaporkan oleh Barthlott et al. (1996). Beliau mengiktiraf Kinabalu sebagai salah sebuah daripada enam kawasan yang terkaya daripada segi tumbuhan di seluruh dunia, dengan kepadatan tumbuhan melebihi 5,000 spesies per10,000 km2. Beman dan Beaman (1990) pula menganggarkan kawasan Kinabalu seluas lebih kurang 700 km2 mempunyai 5,000-6,000 spesies tumbuhan berbunga, dengan lebih daripada 200 famili dan 1,000 genus.

Antara gambar yang sempat dirakamkan untuk tatapan pembaca. Persinggahan hanya seketika kerana masa yang tidak mengizinkan.

Titian Kanopi Poring
Kawasan Air Panas Poring

>> Dapatkan Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan dan seangkatannya di sini.. >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :321

Buah Strawberry Cameron Highlands

Buah Strawberry merupakan sejenis buah yang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Buah ini sangat sesuai di tanam di tanah tinggi khususnya di Cameron Highlands kerana di sini mempunyai suhu yang sejuk. Terdapat banyak ladang atau kebun yang mengusahakan tanaman strawberry kerana mempunyai permintaan yang sangat tinggi.

Setiap tahun, saya tidak jemu-jemu melawat Cameron Highlands kerana terdapat banyak tempat pelancongan baru terdapat di sini. Tidak sah kunjungan anda ke Cameron Highland jika tidak berkunjung ke ladang strawberi dan yang penting adalah untuk merasai sendiri pengalaman memetik buah Strawberry khususnya kepada kanak-kanak.

Antara kebun strawberry yang boleh anda kunjungi sekiranya anda ingin memetik buah strawberry di sini adalah seperti Al-Mashoor, Abang Strawberry, Opah Strawberry, KHM Stawberry, YZ Agro Farm, Big Red Strawberry Farm dan banyak lagi. Kebanyakkannya terletak di kawasan Brinchang.

>> Dapatkan Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan dan seangkatannya di sini.. >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :225

Durian Tangkai Panjang

Durian Tangkai Panjang merupakan salah satu durian yang unik kerana ianya sangat mudah dikenali dengan melihat tangkainya sahaja. Tangkai buahnya boleh mencapai 15-17cm, dua kali ganda dari tangkai jenis durian yang biasa. Durian yang berasal dari Thailand ini juga dikenali dengan nama ‘Kan Yau’ atau ‘Gan Yao’ yang bermaksud Tangkai panjang.

Durian Tangkai Panjang ini dan telah didaftarkan pada 30 Jun 1987 dengan kod pendaftaran D158. Saiz buah durian ini adalah sederhana besar dengan purata berat diantara 2-3 kg sebiji. Buah berbentuk bulat dan sedikit bujur, kulit buah berwarna hijau perang dan durinya pendek.

Saiz ulasnya besar dan mempunyai isi yang tebal. Warna isi kuning dan rasanya manis. Pada saya durian tangkai panjang mempunyai kualiti rasa yang baik. Namun, sebahagian ulas/isinya terdapat sedikit mengkal atau keras. Adakah ia sememangnya ciri-ciri buah ini. Saya sendiri belum pasti.

>> Dapatkan Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan dan seangkatannya di sini.. >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :486

Buah Mesta

Buah Mesta atau nama saintifiknya Garcinia mangostana merupakan salah satu daripada varieti manggis. Sekali pandang, bentuk buah mesta seakan buah manggis kampung yang biasa kita makan. Warna dan isi buah Mesta sama seperti buah manggis. Namun, terdapat perbezaan bentuk di antara buah mesta dengan manggis. Buah mesta berbentuk tirus lonjong manakala manggis lebih bulat. Buah Mesta juga mempunyai rasa yang lebih enak, manis dan lebih kering (kurang berjus).
Satu lagi perbezaan buah mesta ini ialah kebanyakkan orang berpendapat ia mempunyai sedikit getah jika dibandingkan dengan manggis biasa.

Buah Mesta dikatakan berasal dari Pahang terutama di Daerah Temerloh. Bagi mereka yang ingin cuba merasai buah mesta boleh berkunjung ke Daerah Maran, Temerloh, Raub, Lipis dan Jerantut kerana ada dilaporkan terdapat penanaman pokok mesta di kawasan tersebut.

Untuk rekod, gambar buah ini diambil semasa musim buah manggis pada awal bulan Februari 2019 yang lalu.


>> Dapatkan Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan dan seangkatannya di sini.. >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :372