
Foto di atas diambil di gerai yang menjual buah yang terletak di Ayer Hitam. Jom kita dengar apa pendapat orang tentang nanas Sarawak ?

Tidak ramai sebenarnya yang pernah merasai buah ini disebabkan hanya dikawasan tertentu sahaja buah ini popular khususnya di kawasan Johor. Buah Nanas Sarawak ni memang manis dan setanding dengan buah nanas Josapine. Apa pun anda cuba lah rasa dahulu kerana lidah anda mungkin berbeza.
Number of View :726

Artikel kali ini mengenai pokok saga di mana ramai orang lebih mengenali biji saga dari pokoknya. Pokok Saga atau nama saintifiknya Adenanthera pavonina merupakan sejenis pokok bersaiz sederhana hingga besar dan boleh tumbuh sehingga ketinggian 20 meter. Pokok ini sesuai ditanam di kawasan taman dan di pinggir jalan.

Pokok Saga mempunyai daun yang halus dan bunganya bewarna kekuningan. Buahnya mempunyai kekacang yang panjangnya sehingga 20cm dan terdapat biji benih merah yang keras di dalamnya.

Buah yang masak dan telah kering akan merekah dan menampakkan biji saga yang masih melekat dengan kulitnya. Lama-lama kelamaan biji saga akan gugur sendiri jatuh ke tanah.

Kegunaan biji saga ni saya tidak tahu sangat tetapi menurut rujukan pada suatu masa dahulu pernah digunakan bagi mengukur berat emas. Biji saga yang merah menyala memang cantik jika dikumpulkan dan dibuat perhiasan.

Biji saga ini ini memang popular di dalam pantun lama. Di sekolah dahulu pun cikgu ada mengajarnya. Tapi masa tu memang tak kenal biji saga.. Proton Saga je yang kenal.
Yang kurik kundi, Yang merah saga;
Yang baik budi, Yang indah bahasa..
Number of View :959

-Pokok Pinang di Muzium Terengganu-
Teringat masa zaman kanak-kanak sewaktu di kampung dahulu. Setiap kali balik ke kampung, tok aku akan menyuruh mengupas buah pinang dan isinya diracik dan dimasukkan ke dalam gobek bersama sirih dan kapur. Kemudian ditumbuk sehingga lumat. Itulah makanan tradisi orang tua-tua di kampung. Sekarang memang dah jarang lagi jumpa orang tua yang makan sirih dan pinang.

-Buah Pinang yang dijual di Pasar Satok-
Apakah buah pinang mempunyai khasiat? Menurut pakar herba UPM, buah pinang mengandungi 8 jenis alkaloid yang boleh bertindak membunuh parasit dan cacing. Dari segi perubatan tradisional, buah pinang mampu mengubati senggugut dan mencuci perut. Selain itu, buah pinang juga boleh memutihkan gigi. Caranya, buah pinang tua digoreng sehingga hitam. Setelah itu, tumbuk hingga halus dan serbuknya boleh digunakan apabila menggosok gigi.
Number of View :777

Kesempatan ke Sarawak tempoh hari, saya sempat berkunjung ke beberapa buah muzium di Kuching. Antara muzium yang saya kunjungi ialah Muzium Semulajadi, Jabatan Muzium Sarawak. Apa yang menarik di sini ialah terdapat pameran mengenai Kayu yang menjadi Batu atau lebih dikenali dengana Fosil Kayu. 
Nak tahu bagaimana kayu menjadi batu? Panjang ceritanya.. jadi saya pendekkan.. Pada sesetengah kayu, dinding sel ditutupi oleh organik polimer yang dipanggil lignin. Lapisan inilah yang membuat sel tumbuhan menjadi keras. Kayu juga menjadi keras apabila ia basah di dalam air yang mengandungi silika.

Sarawak mempunyai sejarah alam semulajadi yang amat kaya dan kepelbagaian yang meliputi tumbuhan-tumbuhan dan haiwan. Fosil kayu yang terdapat di Sarawak tidak diketahui dan belum pernah dipamerkan di Muzium Negeri. Walaupun sebahagian kecil fosil kayu ini mungkin dijual di kedai, ia tidak menarik perhatian orang ramai.

Sejarah mengenai fosil kayu di Sarawak juga tidak diketahui orang ramai dan tidak didokumentasikan. Koleksi yang ada sekarang berjumlah kira-kira 300 batang berasal dari selatan dan tengah Sarawak. Fosil kayu dari selatan Sarawak amat keras dan tua manakala yang terdapat di Sarawak Sentral masih lagi muda seakan-akan kristal. Semua koleksi adalah asli dan tidak digilap. Nilai sesuatu fosil kayu terletak kepada sejarah yang tersembunyi yang dapat memberi gambaran mengenai lanskap pada awal zaman dunia ini.

Fosil kayu amat penting kerana ia mendokumentasikan asal tumbuhan awal di kepulauan tropika ini. Usia fosil berbeza dari 2 hingga 12 juta tahun sejak zaman Holosen dan Pleistosen . Fosil menyumbang bukti yang paling ketara mengenai evolusi kehidupan organisma. la juga merekod perubahan terhadap hutan yang merupakan tumbuhan yang penting di dunia ini. Fosil flora dapat menunjukkan maklumat tepat mengenai keadaan iklim masa lalu.

Koleksi yang ada di pameran ini kebanyakannya mengandungi kayu coniferales dan palma cycadales.

Number of View :651