Number of View :423

Siput Berongan atau nama saintifiknya Telescopium telescopium merupakan sejenis siput yang hidup di kawasan berlumpur terutama di kawasan paya bakau. Ia dinamakan sebegitu kerana disebabkan bentuk cengkerangnya seakan-akan teleskop. Makanan siput berongan ialah terdiri dari bahan-bahan yang kaya dengan bahan organik seperti hasil penguraian daun-daun kering dan bahagian tumbuhan yang telah reput.

Sekali pandang memang macam adik beradik siput sedut tetapi siput berongan ini saiznya lagi besar (8-12cm). Kali pertama melihatnya memang rasa mengujakan !! Memang puas hati kalau dapat sekilo buat masak lemak. Bagi yang ingin melihat siput ini bolehlah berkunjung ke Taman Negara Tg. Piai. Bagi yang pernah makan atau jumpa siput ini, boleh kongsikan cerita anda di sini..
Number of View :372

Ketumpang air atau nama saintifiknya Peperomia pellucida merupakan sejenis tumbuhan yang mudah tumbuh di tempat lembap dan teduh. Ia kadang-kadang tumbuh di tepi pasu bunga atau boleh ditemui di tepi-tepi longkang. Tentu anda juga biasa jumpa pokok ini di kawasan rumah anda. Pokok ini dahulu memang tidak dijumpai di halaman rumah saya, namun sejak hujan yang kerap bulan yang lalu, tumbuhan ini sudah mula banyak tumbuh di tepi-tepi pasu dan di bawah lindungan pokok. Sebenarnya, sudah lama saya mengetahui akan kegunaan pokok ini tetapi tidak pernah pula saya mencubanya. Pokok herba yang lembut ini memang boleh dibuat ulam atau sayur tumis, namun sehingga kini saya belum pernah lihat sesiapa yang pernah memakannya. Jika anda pernah mencubanya harap kongsikan di sini.

Selain dijadikan ulam, khasiat perubatan tradisional juga tidak kurang hebatnya. Tumbuhan ini boleh dikisar bersama akarnya sekali dengan air masak. Setelah ianya hancur, kemudian di tapis dan air rebusannya boleh diminum. Jusnya dikatakan dapat merawat cirit-birit dan jangkitan pada pundi kencing. Daunnya yang dihancurkan dan disapukan pada kepala juga dikatakan mampu menghilangkan demam dan sakit kepala. Sejauh mana amalan ini diamalkan, saya sendiri kurang pasti. Sila dapatkan nasihat doktor!!
Number of View :510

Jika durian merupakan raja segala buah, Manggis pula terkenal dengan panggilan ratu segala buah. Pokok manggis merupakan sejenis pokok yang lambat dari segi pertumbuhannya. Buahnya berbentuk bulat dan berwarna ungu gelap apabila masak mempunyai rasa yang sungguh manis dan beraroma. Manggis juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Estrak kandungan buahnya pula dikatakan boleh untuk mengawal kecacingan dan secara luarannya kandungan buahnya adalah digunakan untuk mencegah hemorrhoid, ulser, dan leucorrhea. Menurut rujukan, kulit buah manggis juga boleh dijadikan penawar kepada cirit-birit. Cara nak gunakannya saya sendiri tidak pasti. Mungkin anda boleh kongsikannya disini sekiranya pernah mengamalkannya. Kini, terdapat pelbagai produk jus manggis di pasaran yang dihasilkan dari kulit manggis.
Number of View :458

Pokok Lenggadai merupakan spesis bakau asli yang berupaya tumbuh sehingga 20-25 meter. Pokok Lenggadai mempunyai sistem akar lutut untuk bernafas. Pokok ini dan kebanyakkan pokok bakau lain membiak melalui vivipari. Pembiakan secara vivipari bermaksud biji benih bercambah dan tumbuh semasa anak benih masih melekat pada pokok induk. Ini membolehkan pertumbuhan yang cepat menjadi anak pokok apabila anak benih tertanggal dari pokok induk dan jatuh mencacak ke tanah. Buah Lenggadai bersaiz kecil, panjang dan warna kehijauan. Kulit pokok berbau busuk dan digunakan oleh para nelayan untuk menghalau ikan. Selain itu, kayu in juga boleh digunakan dalam pembuatan arang. Bagi yang ingin melihat pokok ini bolehlah berkunjung ke Taman Negara Tg. Piai.
