Khasiat jarum tujuh bilah

Khasiat jarum tujuh bilah

JARUM tujuh bilah dikategorikan sebagai tanaman herba yang turut diminati orang ramai untuk ditanam di dalam pasu dan halaman rumah. Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar. Ia adalah genus paling primitif dalam keluarga kaktus.

Pokok ini dipercayai berasal dari Korea Selatan tapi boleh didapati dengan mudah di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Malah ia adalah tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim.

Keadaan optimum untuk pertumbuhan mesti ada sinar matahari yang terang dan iklim tropika Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak. Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan.

Ada 15-20 spesies pereskia terutamanya dari Afrika Selatan, Amerika Tengah dan India Barat. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah. Read more

Number of View :25410

Bunga ros lambang cinta

BUNGA ros yang juga dikenali sebagai mawar adalah sejenis tumbuhan berbunga yang menjadi pilihan untuk ditanam sebagai pokok hiasan di halaman rumah.Bunga ini adalah salah satu tumbuhan yang mengeluarkan bunga menawan dan mempunyai keharuman lembut. Dalam kebudayaan Barat dan kini dalam kebudayaan Melayu, bunga ros melambangkan bunga cinta.

Pokok ros adalah tanaman tahan lasak, mempunyai jangka hayat panjang, mampu bertahan pada keadaan yang kurang sesuai serta menggemari sinaran matahari. Ia memerlukan tanah subur dan bersaliran baik manakala tanah harus mampu memegang kelembapan dengan julat pH antara 5.7 ke 6.

Ros hidup subur di kawasan suhu sederhana antara 17 – 25 º C dan tidak kurang dari 15º C dan tidak melebihi 27º C. Di Malaysia, kawasan yang sesuai untuk pengeluaran ros keratan adalah di Cameron Highlands. Read more

Number of View :9079

Warna dan seri pelbagaikan hiasan ati-ati

ADA banyak pokok hiasan memiliki daun beraneka warna. Pokok jenis ini sesuai untuk menimbulkan keindahan di samping serlahan pelbagai bunga sebagai elemen penghias taman.

Selain puding, antara pokok bunga popular yang menjadi hiasan taman ialah ati-ati atau nama saintifiknya Coleus.

Pokok hiasan ini dicadang bagi kaedah tanaman pasuan dan penghias laman yang mudah diuruskan. Ia boleh diperoleh dengan harga murah berbanding nilai kecantikannya. Selain Malaysia, pokok ini sebenarnya popular di kepulauan Fiji, Maluku dan Australia yang dikenali penduduknya sebagai pokok berdaun cantik. Read more

Number of View :6028

Mengenali spesies orkid menerusi bunga

POKOK orkid atau orchidaceae adalah keluarga bunga yang banyak perbezaan pada bentuk dan rupa pokok. Ada 808 spesies orkid di Malaysia yang boleh dikenali menerusi bunga.Bunga orkid adalah daripada sepal, petal, stamen dan pistil yang mempunyai daun urat selari. Gabungan stamen dan pistil dinamakan kolum. Di bahagian luar sepusar bunga ada tiga kelopak sepal manakala di sebelah dalamnya pula terdapat dua kelopak petal.

Kelopak petal ketiga berubah bentuk menjadi labelum atau bibir. Kolum mengandungi cepu debunga di bahagian atas, stigma di bahagian tengah dan benang sari di bahagian bawah. Debunga terletak dalam pundi yang dipanggil polinia dalam bilangan yang genap 2-12. Ovari terletak bawah sepal dan berfungsi sebagai tangkai bunga atau pedisel. Setelah persenyawaan, ovari akan membesar menjadi buah orkid yang mengandungi biji benih. Read more

Number of View :7414

Pokok siantan sesuai dijadikan tanaman pagar

POKOK siantan adalah tumbuhan renek yang banyak ditanam di kawasan perumahan dan taman. Ia juga sesuai dijadikan tanaman pagar bagi mereka yang mempunyai tanah yang luas.Pokok siantan juga dikenali dengan nama pokok pecah periuk.

Sebenarnya ada dua jenis pokok siantan. Pertama, pokok yang berasal dari negara kita dan Indonesia. Nama botaninya ialah ixora Jawa dalam keluarga rubiaceae.

Pokoknya boleh mencapai ketinggian sehingga dua hingga tiga meter jika tidak dicantas. Batangnya berwarna perang dan liat.

Daunnya berbentuk bujur tirus, 12 hingga 20 sentimeter panjang dan empat hingga enam sentimeter lebar. Spesies ini mempunyai bunga yang besar dan berjambak-jambak di hujung dahan. Read more

Number of View :7856