Serai Wangi

Khasiat dan Kegunaan

Dari segi ubatan tradisional serai wangi digunakan untuk rawatan selepas bersalin dan pening kepala. Caranya adalah dengan menggunakan air rebusannya sebagai mandian atau dibasahkan kepala dan dilapkan pada seluruh badan. Ia juga banyak digunakan dalam menghasilkan minyak urut untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut. Bagaimanapun di kebanyakan negara serai wangi ditanam khas untuk pengeluaran minyak patinya. Serai wangi menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai `citronella oil’ di pasaran antarabangsa. Minyak sitronela mengandungi dua bahan kimia penting iaitu sitronelal dan geraniol. Sitronelal dan geraniol amnya digunakan untuk bahan dasar pembuatan ester-ester seperti hidroksi sitronelal, genaniol asetat dan mentol sintetik yang mempunyai sifat lebih stabil dan banyak digunakan dalam industri wangi-wangian. Hidroksi sitronelal penting untuk sabun dan minyak wangi yang berharga tinggi, manakala mentol untuk bahan dasar ubat batuk, ubat gigi dan pencuci mulut.


Number of View :6410

Sirih

Sejenis tumbuhan yang terdapat di Malaysia juga di kawasan Tropika Asia, Madagascar, Timur Afrika dan Hindia Barat. Sirih yang terdapat di Semenanjung Malaysia terdiri daripada empat jenis, iaitu sirih Melayu, sirih Cina, sirih Keling dan sirih Udang. Spesis sirih terdapat berbagai-bagai nama tersendiri dalam bahasa Indonesia seperti Sirih carang, Be, Bed, Siyeh, Sih, Camai, Sirih kerekap, Serasa, Cabe, Jambi, Kengyek dan Kerak.

Nama saintifiknya adalah Piper betel Linn dalam keluarga Piperaceae. Nama betel adalah dari bahasa Portugis – betle, berasal sebelumnya dari bahasa Malayalam di negeri Malabar yang disebut vettila. Dalam bahasa Hindi lebih dikenali pan atau paan dan dalam bahasa Sunskrit pula disebut sebagai tambula. Manakala dalam bahasa Sinhala Sri Lanka disebut bulat. Bahasa Thai pula disebut sebagai plu. Read more

Number of View :10712

Kemangi

Kemangi atau nama saintifiknya Ocimum sanctum Linn dari keluarga “Lamiaceae /Labiatae” adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia. Pokok Kemangi merupakan sejenis pokok herba dan sering ditanam dikawasan sekitar rumah.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :12375