ROSEL – Hibiscus sabdariffa

 

Rosel banyak terdapat di kawasan yang beriklim tropika dan subtropika seperti di Afrika, India dan Asia termasuk Malaysia. Kini terdapat lebih dari 300 spesies tanaman rosel di seluruh dunia. Pokok ini boleh mencapai ketinggian lebih kurang 2 m dengan dahannya yang tumbuh menegak di peringkat awal dan melentur rebah apabila banyak buah.

Batang, dahan serta tangkainya berwarna merah. Daunnya pula berwarna hijau dan berbentuk tapak tangan dengan tiga cuping yang meruncing ke hujung. Bunga rosel keluar di setiap sendi daun, berwarna kuning muda dan merah jambu manakala lengainya berwarna merah gelap dan berbentuk bujur.

 

Number of View :5413

Bunga Melur

Bunga melur atau nama saintifiknya jasminum sambac terdir dari pelbagai variaties namun yang paling biasa dijumpai di negara kita adalah 3 jenis utama iaitu duke of tuscany, maid of orlean dan star jasmin. Maid of orlean dan duke of tuscany dikenali sebagai melur susun di negara kita bezanya duke of tuscany mempunyai lapisan yang lebih banyak dan saiz dan bentuknya menyerupai bunga ros mini, tapi baunya tidak sekuat maid of orlean dan bunga melur selapis yang biasa.Tumbuhan ini memerlukan cahaya matari yang secukupnya untuk tumbesaran dan pembungaan.Medium yang sesuai adalah dari jenis kompos dan mempunyai pengaliran yang baik.

Tumbuhan ini membiak secara keratan batang. untuk menyemai,keratan batang yang agak tua direndam kedalam air suam dan ditanam kedalam tanah. Pastikan airnya mencukupi untuk pertumbuhan akarnya.Tunas baru akan muncul selepas lebih kurang 6 minggu. Bunganya berbau sangat harum dan mekar sepanjang tahun. ketinggian yang paling sesuai untuk tanaman ini adalah 800 meter dari aras laut, namun di Malaysia ia didapati dapat menyesuaikan diri untuk semua ketinggian.

Read more

Number of View :13723

Cempaka – Michelia spp

Michelia adalah genus tanaman berbunga dari suku Magnoliaceae. Genus ini memiliki sekitar 50 spesies pohon selalu hijau, semak-semak, yang tumbuh di daerah tropis dan subtropis di Asia Selatan dan Asia Tenggara serta Tiongkok selatan. Tanaman ini juga disebut Bunga Cempaka.

Bunga Michelia champaca.

Suku Magnoliaceae masih termasuk tumbuhan purba, merupakan fosil yang hidup dan asal-usulnya dapat ditelusuri hingga 95 juta tahun yang lalu. Ciri khas tanaman ini adalah daun bunganya yang tidak terdiri dari petal dan sepal, melainkan terdiri dari tepal.

Daun dan bunga Michelia masih menyerupai daun dan bunga Magnolia. Walau bunga Michelia lebih tersebar di sepanjang batang tumbuhan, sedangkan bunga Magnolia hanya tumbuh di ujung batang.

Beberapa spesies merupakan penghasil kayu yang penting. Sedangkan beberapa spesies seperti Michelia champaca (di Nanggroe Aceh Darussalam dikenal sebagai bunga jeumpa) dan Michelia doltsopa ditanam karena bunganya. M. champaca juga dikembang-biakkan untuk diambil minyak dari bunganya sebagai bahan parfum. Beberapa spesies juga ditanam sebagai tanaman pembatas jalan seperti M. figo, M. doltsopa dan M. champaca.

 

Number of View :4169

Bunga Cempaka Putih

Michelia adalah genus tanaman berbunga dari famili Magnoliaceae. Genus ini memiliki sekitar 50 spesies yang tumbuh di kawasantropika dan subtropika di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Tanaman ini juga disebut Bunga Cempaka.

Beberapa spesies merupakan penghasil kayu yang penting. M. champaca juga dikembang-biakkan untuk diambil minyak dari bunganya sebagai bahan pewangi. Beberapa spesies juga ditanam sebagai tanaman pembatas jalan seperti M. figo, M. doltsopa dan M. champaca.

Cempaka putih adalah sejenis pokok berkayu yang biasanya tumbuh di hutan dengan ketinggian mencapai hingga 30 meter. Pokok cempaka mempunyai 3 jenis warna bunga yang berbeza iaitu warna putih (Michelia alba), warna kuning (Michelia champaca), dan warna merah. Daun cempaka putih mempunyai permukaan yang licin. Buahnya yang boloeh dimakan dan mempunyai rasa yang sedap ,mempunyai bentuk seperti jantung dengan bahagian bijinya yang agak pahit. Kayunya boleh dijadikan perabut dan peralatan rumah.

Akan tetapi hasil perabut dari kayu ini jarang didapati kerana kuantiti pokok cempaka besar yang terlalu kurang. Kayu cempaka juga mempunyai bau yang sangat wangi dan biasanya minyak pati cempaka didapati dari ekstrak bunga, daun dan kayunya. Bunganya yang berbau wangi mempunyak kandungan minyak volatile yang terdiri daripada cheraniol, linalol, methuleugenol, asid benzik, nerol, dan methulaethulazijnzuur.

Number of View :5181

FUNGSI MINYAK NILAM


Penggunaan untuk aroma terapi:

Minyak nilam digunakan untuk mengatasi masalah kulit seperti acne, eczema, terbakar, luka, pecah-pecah dan gatal-gatal. Juga digunakan untuk membentuk sel baru dan dapat membantu penyembuhan luka dan goresan. Minyak nilam juga digunakan oleh para atlit. Minyak nilam juga digunakan untuk menghilangkan ketombe serta untuk meminyaki rambut.

Minyak nilam juga digunakan untuk peredam tensi, mengatasi insomnia serta menenangkan. Baunya juga digunakan sehari-hari serta untuk membantu pencernaan. Kerana baunya seperti wiski, maka minyak nilam juga dikenal sebagai aphrodisiac.

Number of View :3299