Pokok siantan sesuai dijadikan tanaman pagar

POKOK siantan adalah tumbuhan renek yang banyak ditanam di kawasan perumahan dan taman. Ia juga sesuai dijadikan tanaman pagar bagi mereka yang mempunyai tanah yang luas.Pokok siantan juga dikenali dengan nama pokok pecah periuk.

Sebenarnya ada dua jenis pokok siantan. Pertama, pokok yang berasal dari negara kita dan Indonesia. Nama botaninya ialah ixora Jawa dalam keluarga rubiaceae.

Pokoknya boleh mencapai ketinggian sehingga dua hingga tiga meter jika tidak dicantas. Batangnya berwarna perang dan liat.

Daunnya berbentuk bujur tirus, 12 hingga 20 sentimeter panjang dan empat hingga enam sentimeter lebar. Spesies ini mempunyai bunga yang besar dan berjambak-jambak di hujung dahan. Read more

Number of View :6692

Seroja subur di permukaan air

SUKAR untuk membezakan di antara pokok bunga seroja, teratai, kiambang dan telepuk. Semuanya adalah dalam keluarga lotus yang subur di atas permukaan air.

Memang belum dapat dipastikan, jumlah spesies lotus yang tersebar di seluruh dunia. Tapi, sekurang-kurangnya kita mengenal dua jenis lotus yang lazim dijumpai, iaitu Nelumbo Nucifera dan Nelumbo Lutea.

Nelumbo Nucifera

JENIS ini di negeri kita dan Indonesia dikenali sebagai seroja. Aromanya harum pada hari pertama dan kedua. Bunganya besar dengan diameter 20 – 30 sm, dan kelopaknya 10 – 15 sm.

Variasi warna bunga lembut, ada yang putih dan ungu. Warna kelopak mahu pun mahkota bunga semakin cantik, kerana dikombinasikan dengan benang sari berwarna kuning.

Jika anda melancong ke luar negara, anda boleh menjumpai keturunan lotus jenis ini seperti lotus tulip, lotus mawar, lotus shiroman, mathilda dan waltzing. Read more

Number of View :3154

Pokok keladi hidup subur di kawasan redup

POKOK keladi mudah diperoleh di negara kita walaupun mengikut kajian awal pokok itu berasal dari kawasan tropika Amerika. Pokok yang mempunyai pelbagai warna daun, tumbuh subur di kawasan bertanah gambut yang redup.Pokok itu lebih sesuai sebagai tanaman hiasan, sama ada ditanam dalam pasu atau di halaman rumah kerana tumbuhan ini hanya memerlukan cahaya matahari yang sederhana. Ada juga yang gemar meletakkan bunga ini di ruang tamu.

Bahang matahari yang terik akan menyebabkan daunnya pucat dan cepat layu. Kadar suhu paling sesuai bagi tanaman ini antara 25 hingga 30 darjah Celsius.

Pokok keladi dari keluarga Araceae dengan nama saintifiknya Caladium. Ia membiak menerusi ubi atau rizomnya pada paras permukaan tanah saja. Antara variasi keladi yang cantik dan menjadi pilihan peminat seni taman ialah Caladium Bicolor yang mempunyai warna merah cerah di tengah dan hijau pada bahagian tepi daunnya. Read more

Number of View :7518

Teratai penyeri kolam buatan

Teratai penyeri kolam buatan

TERATAI yang turut dikenali sebagai pokok lili air adalah tumbuhan terbiar yang mempunyai nilai komersial apabila digunakan untuk menghiasi taman yang mempunyai kolam.

Tumbuhan ini lazimnya mampu hidup subur pada paras suhu tidak melebihi 20 Celsius. Bahang matahari yang terlalu panas boleh menyebabkan tumbuhan itu layu dan terbantut.
Read more

Number of View :10184

Bunga melur antara ramuan membuat minyak wangi

BUNGA melur atau disebut melati adalah tanaman bunga hias yang banyak kegunaannya terutama membuat minyak wangi. Di Itali, melati casablanca (Jasmine officinalle) yang disebut Spansish Jasmine ditanam pada 1692 untuk dijadikan parfum. Pada 1665 bunga melati putih (J sambac) pula diperkenalkan oleh Duke Casimo de’ Meici di England. Pada 1919 pula, ditemukan melati J parkeri di kawasan barat laut India.Di Indonesia, nama melur dikenal sebagai menuh oleh masyarakat Bali, meulu atau meulu Cina (Aceh), menyuru (Banda), melur (Gayo dan Batak Karo), manduru (Menado), mundu (Bima dan Sumbawa) dan manyora (Timor) dan malete (Madura).

Di antara 200 jenis melur yang telah diidentifikasi ahli botani, hanya sembilan jenis melati yang diketahui dan daripada jumlah itu, lapan jenis melati berpotensi dijadikan tanaman hias. Read more

Number of View :10277