Lidah Jin sesuai untuk pagaran

lidah-jin

Jika dahulu, pokok Lidah Jin tumbuh terbiar dalam semak dan pinggir hutan. Kini, pokok itu yang nama saintifiknya Sansevieria menjadi pokok hiasan popular di kalangan peminat seni taman kerana keunikan daun serta ketahanannya terhadap sebarang cuaca.Pokok hiasan tidak berbatang dan berasal dari Afrika ini sememangnya mudah hidup. Ia sesuai pada suhu 16 hingga 21 darjah Celsius dan boleh dimanfaatkan sebagai tanaman sempadan, pagaran, di dalam pasu, bersama pokok lain dan lebih menarik sebagai pokok hiasan untuk taman batu.

Pokok ini lebih mudah hidup sekiranya diletakkan di kawasan redup atau kawasan bersuhu 10 darjah Celsius dengan dedahan cahaya yang cukup dan mampu bertahan untuk tempoh lama.

Ia juga sesuai ditanam dalam rumah tetapi mesti diletakkan berhampiran tingkap bagi membolehkannya mendapat cahaya matahari yang akan membantu proses fotosintesis dan proses tumbesarannya.

Sanseveria yang turut dikenali dengan nama Lidah Ibu Mentua (Mother-In-Law’s-Tongue) di negara Barat memerlukan tanah yang sesuai, menggunakan kaedah penyediaan tanah campuran membabitkan kandungan kompos. Ini perlu untuk menggalak pertumbuhan akar.

Pokok ini juga boleh ditanam menggunakan media selain tanah seperti longgokan batu sungai bersaiz kecil dengan sedikit air yang diletakkan di dalam balang kaca bersaiz besar atau sederhana, sesuai ditempatkan di atas meja hiasan atau almari.

Penanaman dalam rumah memerlukan sedikit pengurusan iaitu memerlukan semburan halus air pada daunnya dan gunakan kapas untuk menyapu habuk dan ia membantu menyerlahkan daunnya yang berkilat.

Spesies Sansevieria:

1. Sansevieria cylindrica Bojer:
Memiliki daun berbentuk selinder, tegak panjang dan tajam hujung puncak daun dalam ukuran dua hingga tiga sentimeter lebar. Daunnya berwarna hijau tua berbelang-belang kelabu.

Spesies ini seakan-akan pokok sekulen kerana daunnya turut menyimpan sedikit air walaupun keras. Bunganya tidak indah dipandang, terserlah dalam kuntuman kecil dan berjambak. Tangkai bunganya keluar secara memanjang dari celahan daun tengahnya.

2. Sansevieria hahnii:
Spesies ini paling diminati kerana bentuknya yang padat dan rendah dengan ukuran panjang daunnya sehingga enam sentimeter. Sesuai ditanam dalam pasu kecil dan kebanyakannya digunakan untuk menyerikan dekorasi taman batu.

3. Sansevieria trifasciata Prain:
Spesies ini yang mempunyai daun panjang yang tajam, tebal dan keras. Warnanya kelabu berbelang-belang hijau tua. Pertumbuhan yang subur akan menyerlahkan bentuk daunnya yang berpintal-pintal.

4. Sansevieria trifasciata:
Daripada varieti laurentii pula memiliki daun lebih tebal dan keras. Pokoknya kelihatan lebih tegap dengan keindahan warna daunnya kelabu berbelang-belang hijau tua yang diserikan dengan jalur kuning muda pada keseluruhan tepi daun.

Cara menanam dan membiak:

Lidah Jin mudah dibiakkan sama ada menggunakan kaedah belahan rumpun (sesuai dilakukan ketika pemasuan semula), memisahkan anak dari pokok atau kaedah keratan daun. Ia mudah berakar sekiranya menggunakan pasir sebagai media tanaman.

Daunnya yang panjang boleh dipotong dengan membuat tanda khas pada bahagian bawahnya bagi memudahkan proses penyemaian. Penggunaan pasir yang boleh mengalirkan air keluar dari bekas semaian disyorkan kerana bekalan air berlebihan akan menyebabkan daun menjadi reput. Ini akan menggagalkan proses pengakaran dan pertumbuhan anak benih baru.

Anak semaian perlu ditempatkan di kawasan yang redup atau terlindung daripada dedahan cahaya terbuka atau hujan lebat. Penjagaan ini perlu dilakukan dalam tempoh sebulan sehingga anak benih baru mampu berdikari dan tahan lasak sebagaimana induknya.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :15093

Ros daya tarikan seluruh dunia

BUNGA mawar atau ros daripada keluarga Rosaceae bukan saja dijadikan pokok hiasan laman, malah bunga itu meraih permintaan tinggi di pasaran global kerana digemari pelbagai bangsa di dunia.

Ros daripada spesies induk diklasifikasikan sebagai baka liar yang tumbuh menerusi habitat asal membabitkan lebih kurang 150 jenis. Lazimnya, spesies ini berbunga sederhana dan tunggal (hanya sekuntum bagi setiap dahan). Ia sesuai digunakan sebagai tanaman koleksi, pagar atau dijadikan pokok hiasan latar belakang.

Ros kono pula dikenali sebagai `garden roses’ membabitkan semua jenis yang ditemui, diidentifikasi dan diperkenalkan sebelum munculnya spesies hybrid tea pada 1867.
Read more

Number of View :6314

Pokok pinang ditanam ikut kesesuaian tempat

ADA pemilik rumah gemar menanam pokok kekal sebagai hiasan taman. Pokok pinang yang memiliki batang berwarna kuning, oren dan hijau adalah antara yang menjadi pilihan untuk ditanam di tepi pintu pagar atau di lorong masuk ke rumah, chalet atau hotel.Pinang raja, misalnya adalah salah satu pokok berumpun yang paling diminati kerana kombinasi warna batang dan pelepahnya. Tingginya mencapai lima meter dengan daun berukuran satu hingga dua meter boleh didapati secara meliar di kawasan hutan berpaya gambut di negara ini.

Ramai yang menanamnya di halaman rumah. Jika kawasan tidak luas, cukup sekadar menanam dua pokok di kiri dan kanan pintu pagar, tetapi jika ada ruang yang lebih luas, pokok itu boleh ditanam berbaris. Read more

Number of View :10262

Pandan wangi mudah ditanam

PANDAN wangi yang juga dikenali sebagai pandan bau atau pandan rampai. Pokok itu adalah daripada jenis tumbuhan liar. Tumbuhan dari keluarga Pandanaceae ini adalah sekeluarga dengan pokok mengkuang.Pokok pandan wangi adalah tanaman yang mudah tumbuh dan dipelihara. Tanaman yang dipercayai berasal dari Bangka, Indonesia ini telah tersebar luas di kawasan tropika Asia Tenggara.

Walaupun sudah berabad-abad lamanya tanaman ini berada di negara kita, kebanyakan tanamannya masih terdapat di kebun dapur. Kawasan tanaman secara komersial pula amat terhad.

Pandan wangi tumbuh berumpun dan mempunyai daun yang panjang dan meruncing di hujung seperti pedang. Tanaman ini tidak pernah dilaporkan berbunga.
Read more

Number of View :5137

Emas cotek kekal ayu, awet muda

EMAS cotek adalah sejenis tumbuhan renek menumpang. Tumbuhan ini boleh ditemui hidup di atas pokok lain terutama di celah dahan yang terdapat bahan reput daripada daun.

Namun begitu ada juga yang hidup di atas tanah terutama di kawasan berpasir seperti di tepi pantai dan tanah gambut.

Terdapat dua jenis ia dinamakan emas cotek jantan dan emas cotek betina. Jantina pokok ini dibezakan oleh ukuran daunnya. Daun yang lebih besar dan berbentuk bulat menunjukkan pokok betina manakala daun yang lebih kecil dan tirus adalah pokok jantan.

Daun emas cotek berwarna hijau di permukaan dan berwarna emas di bahagian belakang.
Read more

Number of View :2840