Seri bunga raya

bunga-raya2

BUNGA raya adalah sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Hibiscus rosa-sinensis adalah bunga kebangsaan Malaysia, dikenali bunga raya. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian diarah mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir 1958, Kementerian Pertanian mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan. Bunga yang dicadangkan adalah kenanga, bunga raya, melur, teratai, mawar, cempaka dan bunga tanjung.

bunga-raya1

Bunga raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Ia ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya agar besar tapi tidak berbau. Pelbagai cultivars, varieties dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Permukaan batangnya licin dan daun daripada jenis simple dan alternate. Saiz dan bentuk daun berbeza-beza walaupun berada pada tangkai yang sama. Bentuknya mungkin ‘entire’ tetapi biasanya ‘lobed’ atau ‘deeply divided’.

bunga-raya3

Struktur bunga terdiri daripada lima petal mengelilingi kolum stamina di tengah-tengah. Ovarinya mengandungi lima karpel dan banyak stamen bersambung untuk membentuk kolum stamina melalui tengah style single. Bunga juga terjadi dalam pelbagai kaedah iaitu tunggal (definite form) iaitu lima petal manakala yang lain multiple iaitu ‘double form’. Ada satu lagi kaedah iaitu ‘semi-double form’. Bunga berkembang waktu pagi dan mula layu menjelang petang. Ia berbunga sepanjang tahun.

Number of View :17310

Tulip hidup subur di Bukit Larut

BUNGA tulip dipercayai berasal dari Turki dan hanya dibawa masuk ke Belanda pada kurun ke-17 dan sejak itu, bunga berkenaan diangkat menjadi bunga rasmi negara itu.

Di Malaysia, bunga tulip yang banyak ditanam di Belanda hidup subur dan berbunga di atas puncak Bukit Larut, Perak pada ketinggian 1,200 meter dari paras laut.

Harus diingat, keadaan cuaca di negara ini yang agak panas tidak mengizinkan bunga itu hidup subur. Namun, penggemar bunga tulip boleh cuba-cuba menanam jika dapat memastikan ia ditanam di tempat redup, di bawah teduhan dan rajin menyiram.

Cara Menanam & Menjaga
Read more

Number of View :10393

Bunga tahi ayam seindah Carnation

BUNGA tahi ayam atau Cutharantus roses adalah sejenis tumbuhan herba yang tumbuh tegak.Daunnya ringkas dan berukuran 3-8 sentimeter. Tumbuhan ini tumbuh di kawasan berpasir dan terbuka.

Khasiatnya terletak pada ekstrak minyaknya. Minyak yang berasal dari daun bunga tahi ayam amat berguna untuk mengeluarkan lendir atau kahak penderita asma.

Lendir yang menghambat saluran pernafasan penderita dapat dikeluarkan dengan hanya menghirup bau yang berasal dari ramasan atau tumbukan daunnya yang telah dijemur hingga setengah kering.
Read more

Number of View :3969

Tumbuhan herba jadi tanaman hiasan

POKOK Misai kucing adalah sejenis tumbuhan herba yang hidup meliar di tepi jalan dan pinggir hutan. Kini ia mendapat tempat sebagai tanaman hiasan kerana bunganya yang cantik serta boleh mencapai ketinggian sehingga satu meter.Di samping misai kucing juga mendapat tempat yang istimewa kerana pokok ini dipercayai mengandungi nilai perubatan yang boleh merawat beberapa jenis penyakit.
Read more

Number of View :4045

Bunga Lidah Kucing

Anda pasti terpegun dengan keindahan bunga lidah kucing yang kembang jam 8 pagi dan kudup semula jam 11 pagi, sekali gus mewujudkan suasana pagi yang indah dan harmoni persekitarannya. Bunga Lidah Kucing atau nama saintifiknya Turnera subulata (Turnera ulmifolia var. elegans ) tergolong dalam famili Passifloraceae. Bunga ini mula diminati kerana dapat menceriakan landskap rumah. Selain itu, pokok ini memang sesuai ditanam sebagai pokok pagaran, sempadan dan tanaman gabungan dalam landskap.

Pokok ini yang juga dikenali Kembang Pukul Lapan di sesetengah tempat, memang mudah ditanam berdasarkan kadar pertumbuhannya yang terlalu cepat. Tekstur pokok ini adalah sederhana dan ketinggiannya boleh mencapai sehingga 1 meter.  Pokok ini tahan terhadap kepanasan suhu yang tinggi dan juga air yang diberi berlebihan.

Bagaimanapun, pokok ini tetap memerlukan cahaya penuh pada waktu pagi dengan suhu panas lembap. Hidup subur di kawasan tanah peroi berpasir. Antara keunikan pokok lidang kucing ialah bentuk daunnya yang kecil berbulu dalam serlahan hijau berkilat, bunganya dalam serlahan kuning, kuning keputihan bercampur jingga, manakala buahnya berbentuk pisang.

Cara menyemai:

Cara menyemai agak mudah dengan menabur biji benihnya ke tapak semaian dan pindahkan ke polibag selepas ianya bercambah. Satu lagi kaedah ialah dengan menyemai ranting pokok yang matang dan sudah mengeluarkan akar kira-kira 1 cm.

Cara menanam:

Campuran tanah dengan bahan organik adalah satu kemestian untuk memastikan pokok ini subur apabila berlaku proses pengakaran yang cepat. Baja TSP dengan kadar 50 gram bagi setiap lubang juga diperlukan.

Sungkupan perlu dilakukan bagi mengekalkan kelembapan, melambatkan proses pertumbuhan rumput, mengelak hakisan dan yang penting ialah membaiki tekstur tanah apabila bahan sungkupan sama ada menggunakan rumput atau daun kering reput sebagai bahan organik.

Cara penjagaan:

Penyiraman perlu dilakukan apabila tanah di sekeliling pokok terlalu kering. Pengurusan berterusan seperti membuang rumpai, pembajaan susulan dengan baja NPK 15:15:15 dengan kadar 20 gram bagi setiap pokok perlu dilakukan sebulan sekali sehingga enam bulan selepas ditanam. Ia mesti disusuli bekalan baja NPK 12:12:17:2 dengan kadar 50 gram bagi setiap pokok untuk tempoh tiga bulan sekali.

Cantasan adalah aspek pengurusan yang paling penting bagi memastikan Bunga Lidah Kucing kelihatan terurus dan sentiasa dibentuk, selain mengawal ketinggian dan menggalakkan proses pembungaan. Pengurusan yang berterusan akan menyerlahkan pemandangan yang menarik.

 

 

Number of View :7969