Pokok puding

pokok-puding

Pokok Puding atau nama saintifiknya Codiaeum sp memang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ia merupakan tanaman hiasan yang popular di tanam di halaman rumah samada di tanam di dalam pasu atau di atas tanah. Terdapat pelbagai varieti pokok renek ini, terutama daunnya yang pelbagai bentuk dan warna. Cara penanamannya atau pembiakkannya juga mudah iaitu menggunakan keratan batang. Penjagaannya juga mudah seperti juga tanaman hiasan yang lain. Ia memerlukan cahaya matahari dan tanah yang tidak terlalu lembap.

Number of View :8478

Anak benih senduduk putih

Khasiat senduduk putih memang telah diketahui umum sayangnya agak sukar untuk mencari pokok ini samada dihabitat semula jadi atau ditapak semaian

Kebanyakan senduduk yang terdapat didalam belukar, atau kawasan terbiar berbunga ungu. Senduduk putih jarang didapati tumbuh secara meliar. Ia hanya tumbuh disetengah-setengah kawasan. Dari segi perubatan tradisional, pokok senduduk putih boleh dijadikan ubat terkena racun atau santau.

Number of View :10445

Jarak pagar

Jarak pagar semakin mendapat permintaan sekarang kerana fungsi perubatan dan nilai komersial sebagai biodisel.

Ciri-ciri tumbuhan

Tumbuhan jarak pagar ini atau Jatropha curcas merupakan tumbuhan yang berasal dari kawasan tropika dan subtropika di mana ia tumbuh meluas di kawasan Amerika Selatan, Amerika Utara, Afrika dan di Asia sendiri. Sebenarnya, tumbuhan ini selalu dijadikan pagar rumah di kampung-kampung bersesuaian dengan namanya.

Jarak pagar ini pohonnya rendah iaitu 4-5 meter tinggi dengan ranting yang mengandungi banyak cairan getah. Daunnya lebar kira-kira 15 cm. Manakala bunganya kecil berwarna kuning kehijauan dan tumbuh berkelompok. Menyentuh perihal buahnya, ia berbentuk bujur telur, licin dan akan bertukar warna hijau ke kuning serta apabila kering menjadi warna hitam. Apabila buahnya telah matang atau masak, ia akan merekah dan mengeluarkan biji berwarna hitam.

Sifat keracunan tumbuhan ini dikaitkan dengan sejenis bahan kimia dipanggil curcin yang terdapat di dalam bijinya. Curcin adalah sejenis toksalbumin yang dikenali juga sebagai fitotoksin. Kanak-kanak gemar memakan biji tumbuhan ini.

Tanda-tanda keracunan


Sekiranya dimakan secara berlebihan, ia boleh menyebabkan keracunan. Antara tanda-tanda keracunan ialah cirit-birit, loya, sakit kerongkong dan muntah-muntah selepas setengah jam makan tumbuhan ini. Ia disebabkan bijinya yang mengandungi sejenis minyak bersifat purgatif (julap). Jika ia dimakan oleh haiwan ternakan boleh mengakibatkan berlakunya pendarahan, pertumbuhan terbantut dan kerosakan hati.Minyak daripada tumbuhan jarak pagar ini dikatakan lebih kuat daripada minyak jarak (jarak minyak). Ia mengandungi toksalbumin iaitu sejenis protein yang boleh dihasilkan oleh beberapa spesis tumbuhan sahaja. Kebanyakan toksalbumin dapat dimusnahkan oleh haba. Jadi, tumbuhan juga dapat memberi khasiat atau nilai ubatan jika digunakan dengan cara yang betul.

Kanak-kanak memang gemar mencuba sesuatu yang baru. Kebiasaannya, mereka menggunakan getah pokok jarak pagar untuk dijadikan belon. Ia dilakukan dengan mematahkan ranting atau tangkainya bagi membiarkan ia mengeluarkan cairan getah. Kemudian cairan getah ini diletakkan di hujung buluh berlubang untuk ditiup hingga menjadi belon. Keadaan ini membolehkan kanak-kanak terdedah kepada getah yang beracun itu. Ini kerana ia boleh menyebabkan berlakunya radang mata dan kerengsaan kulit.

Menerusi bijinya pula,dengan mengambil 2 biji sahaja dapat menghasilkan minyak purgatif yang kuat dan 4-5 biji tumbuhan ini dapat dikatakan penyebab kematian. Ini kerana biji tersebut mengandungi bahan kimia toksalbumin curcin yang merbahaya.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :8772

Kancing baju merah

Kancing baju merah merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai khasiat perubatan yang tinggi namun agak sukar untuk didapati pada masa kini. Ada dua jenis iaitu kancing baju merah dan hijau tetapi yang biasa digunakan ialah kancing baju merah. Bahan yang digunakan ialah batang dan daun.

Daunnya boleh dijadikan jus dan digunakan untuk merawat luka-luka dan ulser. Keseluruhan bahagian pokok ini adalah antirheumatic.

Cara pembiakannya hanya menggunakan biji dan mudah tumbuh tak kira jenis media tanah.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :11979

Pokok Inai – Lawsonia Inermis

Pokok inai membawa pelbagai nostalgia terutamanya untuk kita yang membesar di kampung. Inai atau nama saintifiknya Lawsonia inermis tergolong dalam famili Lythraceae. Ia adalah sejenis pokok yang mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi terutamanya bahagian daunnya. Pokok inai yang mempunyai banyak ranting ini mendapat namanya daripada perkataan Arab ‘Hina’ yang bermaksud ubat.

Ahli sejarah mendakwa bahawa orang orang Mongol telah membawa inai ke India pada kurun ke-12 sementara pihak lain mendakwa inai berasal dari India. Ahli arkeologi pula mengatakan mereka menemui bukti bahawa inai telah digunakan oleh orang Mesir dalam proses menghasilkan mumia apabila mereka mendapati kuku jari dan kaki mumia yang mereka temui disapu dengan sejenis pewarna merah yang dipercayai adalah inai.

Daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ini disebabkan pewarna yang sememangnya terdapat dalam asid henotanik akan bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku dan rambut. Minyak daripada biji inai mengandungi behenik, arasidik, sterik, palmitik, asid oleik dan linoleik.

Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi terutamanya pada daunnya. Selama berkurun kurun lamanya inai telah digunakan untuk tujuan perubatan. Salah satu kegunaan utama inai adalah sebagai agen penyejuk.

Inai boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit. Selain itu inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut. Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.

Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul, penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang. Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan. Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala.

Bagi orang orang India, air daun inai baik sebagai bahan astringen yang boleh mengecutkan tisu tisu organik dan dengan ini dapat mengurangkan atau mengawasi pendarahan yang berlebihan. Mereka juga percaya berkumur dengan air daun inai boleh menolong menyembuhkan sakit tekak.

Orang India juga menggunakan daun inai dengan menyapunya pada kulit untuk mengubati penyakit kulit, bisul dan melepuh. Mereka juga menggunakan daun daunnya untuk menyembuhkan sakit kepala dan rasa panas di kaki.

Penyakit penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal.

Kulit pokok inai juga dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis dan hati yang membengkak. Kulit pokok ini juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit cirit birit. Bunga pokok inai pula dipercayai boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas. Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepada. Sementara itu, akar akar dan palpa digunakan untuk merawat bisul.

Di samping penggunaan untuk tujuan perubatan, daun inai juga seperti yang kita ketahui digunakan untuk mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki. Bila dicampurkan dengan pewarna asli yang lain, pewarna inai juga boleh digunakan untuk mewarnakan rambut dan bahan tekstil.

 

Number of View :7336