Padi dan Beras Tempatan Sarawak

Artikel kali ini, saya cuma ingin berkongsi beberapa gambar yang sempat saya ambil semasa Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2015 yang telah diadakan di Kota Samarahan pada Disember tahun 2015 yang lalu. Peristiwa dah lama tetapi baru kini terjumpa dalam koleksi simpanan gambar.

Antara jenis-jenis padi dan beras yang terdapat di sarawak yang telah dipamerkan semasa acara HPPNK 2015 antaranya ialah beras Lawi, beras Malik dan padi Bukit (gambar di atas). Gambar di bawah pula adalah padi Paya, beras Biris dan beras Bubuk.

Selain itu, terdapat juga terdapat juga beras Kurau, Beras Bario Hitam, beras Bario Merah dan beras Bajong. Warna beras agak berbeza dengan lain-lain jenis beras (gambar di bawah).

Beras Kurau dan beras Bario Hitam

Beras Bario Merah dan Beras Bajong
Beras Wai dan Beras Mamut

>> Dapatkan Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan herba.. tanaman hiasan dan seangkatannya di sini.. >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :129

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam