Nanas dan Khasiat Ubatan

nanas3

Nanas merupakan sejenis buah yang tidak asing di negara kita. Ia memang sedap dimakan mentah, di buat jus, jem, dibuat gulai, di campur di dalam nasi goreng dan sebagainya. Selain itu, ramai yang tidak tahu, umbut dan pangkal daun muda boleh digoreng sebagai lauk atau jenis masakan lain untuk dimakan.

nanas

Buah Nanas juga terkenal kerana mempunyai khasiat perubatan terutamanya dalam mencuci bahagian dalaman tubuh badan. Buah yang masak dimakan atau dijadikan jus bagi melawaskan air kencing, merangsang penghadaman, masalah hati dan dipercayai dapat membunuh cacing dalam perut dan usus.

nanas2

Selain buah nanas, air rebusan daun nanas juga boleh diminum untuk rawatan demam panas, penyakit pada alat kelamin, merangsang haid dan sebagai julap. Sejauh mana amalan ini dilakukan pada zaman sekarang saya sendiri tidak pasti. Mungkin anda boleh kongsikan sesuatu sekiranya anda tahu.

Number of View :8392

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam