Musim Durian Dah Tiba

durian

Best tak tengok gambar durian ni.. Tentu rasa terliur kan.. Musim buah durian kali ini aku tak terlepas untuk membeli dan merasai pelbagai jenis durian. Tak kiralah durian kampung mahupun durian klon. Boleh kata setiap minggu ada je durian yang aku rasa. Tak kiralah beli di pasar tani ataupun dapat free. Semalam balik kampung pun dapat makan lagi buah durian. Siap bawa balik sini lagi.

durian2

Walau apa jenis durian yang aku makan, memang durian klon paling best. Durian klon yang aku dah rasa antaranya seperti D2, D145, Udang Merah, D197, D99 dan ada yang aku tak ingat. Durian klon D24 je belum dapat rasa lagi musim ni. Hari tu pergi pasar tani, harganya mencecah RM10/kilo. Tak larat nak beli kalau harga macam tu mahal..

Anda dah rasa ke belum?

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :8290
Baca:  Kopi

9 comments

  1. salam.kalau nak rasa durian paling best…datanglah ke SEGAMAT JOHOR ..no.1 di Malaysia..sekarang musim durian di sini.

  2. Ramai dh tau cara nk hlgkan pns mkn durian,minum air dlm pangsanya….Tapi ramai yg x tau cara nk hilangkan bau durian kt tgn leps mkn…Ada sorng hamba Allah yg jual durian bg petua ni ntk dikongsi…Katanya masa basuh tangan,amik biji durian yg dh bersih tu & ramas2 mcm guna sabun…..InsyaAllah hilang bau durian yg melekat kt tgn tu….X la nanti salam bakal mak mentua bau durian je……! 🙂

  3. emmm..mmg le sedap klu dapt makan raja segala buah ni…x dpt mkn buah lain pun x kisah..nasib aku baik kawin ngan org yg ada kebun durian…so, x payah la susah payah nk beli durian yg agak mahal regenye especialy yg klon tu..

  4. nak menyampuk jerk… cara nak ilangkan bau durian ialah basuh tangan then ambik kulit durian tu lalukan dibawah air,then air yg lalu dari kulit tu biar kena tangan kita… insya’allah ilang trus bau…

  5. Saya sendiri baru pertama kali mendengar buah durian jenis tersebut.. Ada tujuan ke menginginkan benih tersebut..

  6. Standard aku makan durian, sehari 2 biji masa musim durian ni, sebab aku tak payah beli,tinggal kutip bawah pokok je.

  7. Durian muar sudah berkurangan….sejak durian tidak dibenarkan dibawa masuk ke singapura..akibatnya banyak pokok2 durian ditebang…dan digantikan dengan penanaman kelapa sawit….agak terharu bila ketahui specis durian kampung power pun kena tebang…akibatnya terpaksa anak cucu beli durian bila balik kampung…..hua hua termasuklah aku…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam