Misai Kucing – Orthosiphon stamineus

Misai Kucing adalah herba renek yang tumbuh cepat dan ketinggiannya boleh mencapai sehingga 1.5m. Daunnya tersusun dalam pasangan yang bertentangan, licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan di tepinya berjeriji. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batangnya bersegi empat, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Nama Misai Kucing diberi sempena ciri bunganya yang unik, mempunyai filamen yang panjang menyerupai misai kucing. Di Malaysia, dua varieti telah dikenal pasti berdasarkan warna bunga iaitu bunga putih dan bunga ungu. Varieti bunga putih dikenali sebagai MOS1 dan varieti bunga ungu dikenali sebagai MOS2. Terdapat perbezaan dari segi pertumbuhan antara dua varieti ini.

Herba Misai Kucing telah digunakan sejak beratus-ratus tahun dahulu oleh pengamal perubatan tradisional untuk merawat penyakit berkaitan pundi kencing (seperti batu karang) dan buah pinggang.

Kandungan ortosifonim dan garam kalium (yang terdapat pada daunnya), merupakan komponen utama yang membantu larutnya asid urik, fosfat dan oksalat dalam tubuh manusia, terutama dalam hempedu ataupun ginjal sehingga dapat mencegah terjadinya endapan batu karang. Kandungan saponin dan tanin pada daun juga boleh mengubati penyakit keputihan yang dialami oleh sesetengah wanita. Daun Misai Kucing digunakan bersama daun hempedu bumi untuk melawaskan buang air kecil (bersifat diuretik), rawatan batu ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam. Tanaman ini juga boleh digunakan sebagai bahan antialergi.

Misai Kucing banyak terdapat di kawasan lapang seperti di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar samada kawasan tanah rendah atau tinggi. Selain tumbuh secara liar, Misai Kucing juga ditanam di kawasan rumah sebagai tanaman hiasan kerana bunganya yang menarik.

.

Number of View :7667

20 comments

  1. assalamualaikum..
    thanks sebab kat blog ni de info2 yang banyak tentang tumbuhan yang memang saya perlukan untuk menyiapkan tugasan herbarium saya.. thank ye..

  2. Salam,…..

    kepada sesiapa yg ada info tentang penanaman dan pembajaan misai kucing bole tak kongsi.

  3. insya Allah dari segi penanaman dan pembajaan boleh sedikit sebanyak saya bantu.Sehingga hari ini saya telah menanam dan consume it myself hampir 5 tahun.Own production di halaman rumah 8kaki(p) X 1kaki(l) bercambah dari hanya 1 pokok shj dulu.Email saya untuk berkongsi saya x de masaalah boleh saya jwb berkenaan cara menanam dan menjaganya.

    peminat hardcore misai kucing

  4. boleh x awk terangkan dengan ringkas bagai mana hendak menanam pokok misai kucing secara komersial….sya dan 3 orang sahabat sya sedang merancang hendak mengusaha tanah sahabat kami yg terbiar…harap awk dapat memberi tunjuk ajar????

    sekian terima kasih

  5. Misai kucing paling senang di tanam.. hanya guna keratan sahaja.. tanah pula yang penting gembur dan mempunyai banyak bahan organik..

  6. assalammualaikum.boleh tak bgtau cara2 untuk menanm pokok misai kucing untuk sy menyiapkan thesis sy.terima kasih

  7. salam,

    saya telah disahkan ada gout oleh doktor…setelah sakit hilang disendi ibu jari,saya berhenti makan ubat yg diberikan doktor dan mula berpantang…tapi asal saya tersalah makan je mesti kaki saya akan sakit semula..hinggalah satu hari saya terbaca diakhbar satu produk misai kucing herba polens…saya mencubanya dan insyaallah sampai sekarang kaki saya tak sakit lagi walaupun kadang2 saya ada mencuba seekor dua makanan laut atau makanan yg tidak boleh dimakan penghidap gout…

  8. Siapa yang ingin membeli daun misai kuching kering ada juga daun hempedu bumi dan mas chotek kering.

    sila call Pak Kob 019-7735617 atau layari yaakub2007@yahoo,com

    Pak Kob ada menanam mengeringkan dan sedia untuk di jual.

    Sebarang pembelian secara pukal boleh di rundingkan.

  9. Asalamualaikum,

    Sekarang Pak Kob dah keluarkan teh unchang misai kuching plus stavia. Khas untuk sesiapa yang mengidap kenching manis, aut, batu karang dan penyakit urinery. sesiapa yang memerlukan boleh call pak kob di 01907735617. harga satu packet 20 unchang RM: 20.00 sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam