Misai kucing, Kunyit hidup dan Daun inai banyak khasiatnya

Beberapa hari hari lepas aku menerima satu email yang berkongsi pengalaman mengenai petua  yang diamalkannya menggunakan misai kucing, kunyit hidup dan daun inai.. Apa katanya ?

1. Makan ulam pucuk misai kucing ketika makan tengahari: membantu saya mengurangkan berat badan ( dari 65 kg kepada 56 kg dalam masa sebulan), amalan ini juga menjadikan saya kekal cergas walaupun sedang berpuasa sunat bulan Rejab.
2. Saya gunakan kunyit hidup terhadap anak-anak saya yang mengalami selsema, dengan menggosokkannya dibatang hidung dan tengah dahi mereka.
3. Minum air rebusan daun inai agar wajah tidak pucat dan lebih berseri ketika dalam pantang setiap kali lepas bersalin.
Beliau juga memberi pendapat bahawa…

Penggunaan herba lebih berkesan berbanding ubatan moden bahkan lebih menjimatkan kos terutamanya di zaman sekarang . Cadangan saya : Pendidikan tentang herba ini dimasukkan dalam sukatan pelajaran seawal sekolah tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah agar mereka mengetahui tentang kebaikannya, seterusnya mengamalkannya tanpa paksaan dari ibubapa.”

Apa pula pandangan anda?

Number of View :8602

3 comments

  1. setuju sangat pendidikan tentang herba dimasukkan dalam sukatan pelajaran seawal sekolah lg….Bbdk skarang mana suka mkn syr & herb,apa lg ulam2..Jgnkan mkn,kenal pun tidak..Klu masa kita blajar dlu ada subjek Alam & Manusia,kenal la jg nama2 pokok yg mudah…Skarang ni mana ada lg dah…Buah kelapa pun dorang x prnah tgk yg btl2..Yg dorang kenal kelapa parut @ kelapa bulat yg dh xde sabut tu….Kesian kan……!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam