March 29, 2024

bukurasullullah

Artikel kali ini saya ingin berkongsikan mengenai sebuah buku yang bertajuk Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit”. Saya tertarik dengan Buku ini kerana ia mendedahkan rahsia gaya hidup sihat yang diamalkan oleh Rasullullah sepanjang kehidupan. Sedikit sebanyak memberi kesedaran tentang pentingnya pemuliharaan kesihatan tubuh badan. Bukan sekadar dari aspek pemakanan tetapi pelbagai lagi rahsia yang dirungkai dari segi fizikal, mental dan emosi. Islam juga juga ada mengajar kita setiap apa yang dimakan dan minum membentuk karakter dan keperibadiannya. Di dalam Quran dan Hadis juga ada menyebut makanan-makanan yang dipuji tentang kebaikkannya. Antara yang kita tahu adalah seperti kurma, Madu, Habatussauda, minyak zaitun dan susu awal ibu. Apa yang saya hendak kongsikan di sini ialah mengenai minyak zaitun.

Apa keistimewaan pohon zaitun sehingga dipuji sedemikian di dalam Quran dan hadis? Minyak Zaitun ini selain rasanya yang lazat dan digunakan oleh manusia selama ribuan tahun, pohon-pohonnya indah dan berumur panjang. Akar-akar pohon zaitun kuat mencengkam ke bumi sehingga nampak seperti berdiri kukuh perkasa. Ini menimbulkan rasa hormat dalam tamadun-tamadun yang menanamnya. Pohon Zaitun menyimpan pelbagai misteri kesihatan yang luar biasa.
minyak-zaitun2Pakar bedah yang menjalankan pembedahan pemindahan jantung yang pertama di dunia, Dr. Christian Barnard menyarankan supaya semua orang belajar bagaimana orang Yunani Crete di kawasan Mediterranean menjaga kesihatan jantung mereka. Menurut Barnard, komuniti ini adaiah yang jarang sekali menghidap serangan sakit jantung. Antara alasan yang membuatkan masyarakat Crete ini jarang terkena serangan sakit jantung adalah amalan mereka mengambil minyak zaitun. Minyak yang mengandungi kandungan lemak yang bermutu tinggi.
Andrew Weil,  juga mengaku minyak zaitun adalah minyak yang terbaik daripada semua lemak yang dapat dimakan. Tubuh badan manusia lebih mudah menerima asid lemak yang terkandung di dalam minyak zaitun iaitu asid oleat. Minyak zaitun mengandungi lemak mono tidak tepu. Lemak ini tidak mempengaruhi peningkatan kadar kolesterol dalam darah, kaya dengan vitamin E dan bersifat anti-oksidan. Minyak zaitun juga mengandungi polyphenols yang bersifat anti inflamasi. Makanan-makanan yang mengandungi anti-oksidan adaiah makanan kelas satu dalam dunia kesihatan masa kini. Minyak zaitun mampu melawan radikal bebas dan mencegah banyak penyakit-penyakit degeneratif seperti tekanan darah tinggi, serangan sakit jantung dan strok, melambatkan proses penuaan, melawan kanser dan alergi.
minyak-zaitunMenurut penulis buku tersebut, beliau pernah cuba mengambil minyak zaitun selama tiga bulan penuh. Beliau dapat merasakan perubahan yang bermakna kepada kesihatannya, terutamanya kepada stamina fizikal yang lebih kuat dan tidak mudah letih. Mengikut beberapa hadis yang diceritakan, Rasulullah biasa mengambil campuran minyak zaitun dan cuka yang menjadi sebahagian daripada menu utamanya pada setiap hari.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :13340

2 thoughts on “Minyak Zaitun

  1. Perkara Tok nak kongsi ini agak menjijikkan. Tok mohon ampun dan maaf. Tok ingat dulu masa buat detoksikasi untuk masalah sembelit dan membuang najis terlonggok serta batu hempedu. Tok buat untuk 5 hari. Hari pertama hingga hari ke empat Tok tidak makan makanan berminyak, berlemak, semua jenis makanan laut (termasuk ikan bilis), semua jenis daging dan telur. Tok kira puasa dan cuma makan makanan yang direbus atau stim dan makan sayur-sayuran dan buah-buahan sahaja (cili adalah dilarang termasuk garam dan msg). Roti pun makan roti gandum sepenuhnya. Air satu hari kena minum paling kurang 2 liter. Setiap hari Tok makan fiber 2 pek (1 pek pagi sebelum sarapan dan 1 pek malam sebelum tidur). Cukup hari ke Lima malam tu sebelum tidur Tok minum fiber 2 pek dan selepas itu campurkan 250ml Minyak zaitun dan dua lemon kemudian terus minum. Pagi-pagi selepas membuang hadas besar Tok terkejut bila banyak kekotoran hitam yang keluar termasuk batu hempedu. Maaf jika ianya menjijikkan. Mungkin sebab itu Rasullullah S.A.W makan minyak Zaitun dan cuka bersekali. Ianya untuk mencuci usus besar kita. Cuma nak berkongsi pengalaman menggunakan minyak zaitun sahaja. Jika ada kesilapan ianya adalah kelemahan Tok sendiri. Jika ada kebaikan ianya milik Allah jua.

  2. Terima Kasih Tok Batin dengan perkongsian tersebut.. Cuma nak tahu kenapa cili adalah dilarang.. Saya kurang faham sedikit..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam