|
MENGURUS
KEWANGAN DALAM RUMAHTANGGA
Tidak dinafikan, nilai kertas yang bercetak dan di tandatangan ini, amat bernilai
di dalam kehidupan seharian. Malah ada
orang yang sanggup melakukan apa sahaja
sama ada pekerjaan halal atau haram asalkan
mereka mempunyai duit di tangan. Realitinya,
dalam kehidupan pada hari ini, duit sangat
penting.
Untuk bergerak ke sana atau ke mari, anda memerlukan duit. Untuk berbelanja membeli makan dan minum, anda juga perlukan duit. Pendek kata, duit sangat penting. Bagaimana fungsi duit dalam soal perhubungan? Perlukah anda menghabiskan kesemua wang gaji anda untuk membelanja pasangan? Atau perlukah anda berhabisan membelikannya sesuatu semata-mata untuk membuktikan bahawa anda benar-benar mencintainya.
Apa yang anda perlu tahu tentang "MENGURUS
KEWANGAN' dalam sebuah perhubungan? Sama ada anda berkahwin atau menjalin hubungan cinta yang serius dengan wanita, tiada rahsia tentang soal duit apabila hal ini disentuh. Dunia hari ini adalah dunia yang materialistik, dunia yang penuh dengan duit.
Tidak kira dipanggil ringgit atau sen, dengan adanya wang, kehidupan biasanya lebih gembira, berbunga-bunga dan amat ceria. Bagaimana kalau tiada wang? Cinta sahaja biasanya tidak dapat memenuhi kehendak lelaki mahu pun perempuan. Mereka tentunya tidak boleh hidup tanpa duit di tangan.
Sekali pun adanya cinta, tetapi kalau tidak wang, semuanya tidak akan berlaku. Tidak hairanlah, ada yang sanggup menggadaikan maruah diri hanya kerana wang. Wang adalah kuasa!
Justeru itu, bagaimana anda dan pasangan merancang tentang soal kewangan?
Adakah anda sahaja yang mengeluarkan belanja setiap kali keluar bersama? Atau anda berkongsi dengannya? Untuk mendapatkan kepastian tentang perkara ini, anda perlu berbincang dengan pasangan mengenai hal ini.
Dalam setiap perhubungan, isu wang tidak perlu terlepas dari diperbualkan. Malah dari perbualan biasa, ia boleh menjadi sau topik hangat yang akhirnya mencetuskan pertengkaran. Ada kes di mana, bila soal duit dibangkitkan, biasanya pihak suami yang gagal menyediakan keperluan mencukupi akan merasatertekan.
Ada juga rumah tangga yang bercerai berai hanya disebabkan masalah duit ini. Sebenarnya agak payah untuk berbicara soal duit kalau pasangan anda seorang yang sangat materialistik. Mereka yang bersikap begini, biasanya terlalu mementingkan kebendaan dan jarang memikirkan perasaan orang lain kecuali untuk kepuasan dirinya.
|
|
| |
JADI APA PERLU ANDA LAKUKAN?
Bagi memastikan tidak timbul masalah
antara anda dan pasangan, sebaiknya
wujudkanlah tabungan bersama. Setiap
bulan, baik anda dan pasangan, sama-sama
mengeluarkan sedikit wang dan
menyimpannya di
dalam satu tabungan nama bersama. Apabila ada keperluan yang sangat-sangat mendesak, anda boleh keluarkannya dan membelanjakannya. Tapi jangan sesekali mengeluarkan belanja untuk berhibur atau membazirnya kepada perkara yang tiada faedah kerana ia akan hanya merugikan anda sahaja.
Tahukah
anda, ada kalanya pasangan
pernah melakukan kesilapan tentang soal duit. Mereka mungkin melaburnya
dalam pasaran saham yang mana
kemudiannya, saham itu mengalami kerugian. Mereka juga mungkin pernah
memberi pinjaman kepada orang lain
yang mana akhirnya ditipu.
Justeru itu, kalau pasangan anda sudah melakukan kesilapan,
jangan sesekali mengungkitnya lagi.
Seba-liknya, bekerjasamalah
dengan pasangan agar mereka
merasakan diri mereka masih dihargai. Justeru itu, tabungan
bersama sangat penting agar pasangan
mereka penting.
Sebelum anda
mengeluarkan belanja
untuk kos
yang agak besar dan tinggi, apa
kata anda
membincangkannya terlebih dahulu
dengan pasangan. Ini sangat penting
kerana ada kalanya apa yang anda
fikirkan penting itu mungkin
boleh ditangguhkan dahulu
pembeliannya untuk pembelian barangan yang lebih penting.
Barangan keperluan asas seperti
televisyen, mesin basuh, pembersih hampa gas dan sebagainya
mungkin agak penting dan ia mesti ada
tetapi kalau yang lain, anda
mungkin boleh menangguhkannya
dahulu.
Tanggungjawab
pada
kewangan
Seseorang
itu mesti bertanggungjawab
kepada soal
mengurus kewangan nya. Ini kerana pada
hari ini, soal wang sangat penting
dan ia tidak boleh dibazirkan begitu sahaja. Justeru itu berbelanjalah
dengan berhemah dan jangan membazir.
|
|