Meneroka Potensi Buah Dabai Sarawak

buah-dabai

Artikel saya kali ini tentang buah Potensi Buah Dabai di Sarawak. Gambar yang anda lihat ini juga merupakan sebahagian pameran di MAHA2010 yang lalu. Memang tidak disangka sama sekali terdapat pelbagai jenis produk hasil dari buah dabai yang dahulunya kurang dikomersilkan. Serba sedikit tentang buah Dabai yang dapat saya coretkan di sini. Buah Dabai juga dikenali buah zaitun sarawak. Ia berbuah dua kali setahun iaitu pada bulan Mei dan Disember. Kajian mendapati kandungan asid lemak isi dabai hampir menyerupai minyak kelapa sawit dengan komposisi utama asid palmitik, asid linolik dan asid linolenik.

buah-dabai2

Antara produk-produk dari buah dabai ialah seperti minyak dabai. Saya pun terlupa minyak di atas ini adalah minyak wangi atau minyak pati.

buah-dabai3

Selain itu, terdapat juga produk Dabai Paste dan sos Dabai. Ada sesiapa pernah rasa ke makan sos Dabai ni. Orang Sarawak mungkin dah cuba agaknya.

buah-dabai4

Kepada peminat mayonis bolehlah mencuba mayonis daripada buah Dabai pula.

buah-dabai5

Keropok dari buah Dabai pun nampak macam menarik juga. Mungkinkah setanding dengan keropok ikan terengganu.

buah-dabai6

Ada juga sabun dari buah Dabai. Mungkin tidak lama lagi akan keluar pencuci muka buah dabai dan sebagainya.

buah-dabai7

Bagi anda yang tinggal di Sarawak, pernahkah anda mencuba produk-produk dari buah Dabai ini? Bolehlah berikan sedikit komen tentang produk buah dabai ini.

Number of View :32993

60 comments

  1. DiBrunei dikenali sebagai buah kembayau,minyak dihasilkan dari isi dalam bijinya yang telah di rebus terlebeh dahulu sehingga lembut.

  2. Buah Dabai memang sedap. Ia lemak dan sedap dimakan begitu saja (celur dengan air suam, bubuh sedikit garam)atau dabai masin dengan nasi panas. Di Sarawak terdapat menu NASI GORENG DABAI. Potensi pasaran amat baik, di Sarawak dabai terdapat banyak sekali di Bahagian Sibu dan Kapit. Harganya baik, dulu 1kg cuma RM2.00 kini mencecah RM20.00 ikut gred dan jenisnya. Orang Malaysia mesti tahu makan dabai. Tapi saya tak tahu asal usulnya.

  3. sabun soap boleh hilangkan jerawat ke? kat mana boleh beli produk ni? sy nak beli untuk anak perempuan remaja sya.

  4. Buah Dabai ikut musim. Dulu Dabai dimakan hanya oleh kaum melayu dan bumiputra di Sarawak daja. Tapi sekarang ni, kaum cina yang suka makan dapai dan harga mencecah RM20.00 sekilo. Asal usul agak-agak, negeri CINA, sebab dulu lagi dah ada dabai masin yang dijual oleh peniaga cina. Bijinya pun sedap, dalamnya ada isi macam pucuk daun, makan begitu sahaja. Harapan saudara kita di Semenanjung menanam pokok ini. Senang di tanam.

  5. apakah buah dabai sama dengan kelapa sawit ? kalau berbeda bedanya dimana ya, mohon informasi ? katanya sama dengan minyak zaitun, apakah hasiatnyapun sama dengan minyak zaitun ?
    salam,
    hasan

  6. Buah dabai memang popular di Sarawak dan endemic. Buah muda berwarna putih kehijauan dan matang berwarna hitam. Banyak varieti dan kelazatan berbeza2. Ia lemak . Buah yang matang direndam dengan air panas sehingga lembut isinya. Makan terus dicecah dgn garam, kicap atau sambal khas.

    Harga ikut musim dan kualiti. Luar musim RM15 – 25
    /kg. Semasa musim RM 5 – 15. Paling banyka di Sibu atau sepanjang sungai Rejang. Kalau pergi sarawak cubalah. Sekurang-kurangnya minta nasi goreng dabai.

  7. Saya rasa pokok buah dabai ini banyak tumbuh di Singapura.Tahun 70’an saya tinggal di sana.Pokok ini besar,buah nya warna hijau bila muda…menjadi warna merah dan terus menjadi hitam bila cukup masak.Isinya warna unggu dan sedikit putih.Rasa nya ada manis yg cukup masak dan sedikit kelat…kalau saya tidak silap.

    Kami panggil buah ini “Buah Hitam”

  8. memang pun sedap makan dgn nasi panas sampai tambah2. walaupun rupanya tak comel tapi rasanya enak juga.tapi pokoknya belum lagi kami tengok.

  9. Salam, trima kasih atas info yg amat brguna. saya prnh nmpk buah dabai ni n prnh mencubanya dibawa dari sarawak jgak. Rasa kelat , lemak & tawar.. selalu dibuat jeruk. Org sarawak paling suka.

  10. Buah dabai memang terkenal di Sarawak. buah ni perlu direndam dalam air panas selama 5-10minit supaya senang mengupas kulitnya. Isi buah dabai akan menjadi lembut, dan boleh dimakan begitu saja atau dicampur sedikit garam dan digaul bersama nasi panas. rasanya lemak dan menyelerakan apabila dimakan bersamal lauk lain.

  11. Tak penah jumpa atau tau pasal buah dabai ni..tapi nampak gambar dia macam buah zaiton. Kalau buah nya boleh menghasilkan minyak macam minyak zaiton, memang berpotensi buah ni untuk dikomersilkan!

  12. tuan, mana nk dpt pokok tu kt dalam semenanjung?
    kami di Johor nak buat koleksi untuk penyelidikan tempatan. Kalau ada contact nombor pun bleh gak…

  13. Apa yang saya faham bahawa buah dabai sukar diperolehi di Semenanjung Malaysia, Buah dabai ada bermacam jenis, antaranya yang saya ketahui – Buah dabai seluang, buah kecil, buah dabai jernang, buah dabai putih dan lain-lain lagi, yang menjadi gemaran saya adalah buah dabai yhang jenisnyha sebesar iubu jari kaki, di mana rasa amat enak dan lemah, cara memasaknyha adalah sediakan ayer banas (ngilu kuku) masuk buah dabai yang cukup masak (hitam legbam) masukan ke dalam air tersebut beberapa minit, sehingga isi dah tak keras, angkat dan gaul dengan garam, ababila makannya, ibu-mertua lalu tak dan nak tegur

  14. Isi dabai berjenis-jenis ada juga yang unggu, yang warna kekuningan dan bentuk buahnya bulat bujur yang paling best lagi besar lagi tinggi nilai harganya. Di Sarawak dabai dimakan semua kaum, Melayu, Melanau, Cina, India dan masyarakat bumiputra di Sarawak. Selamat mencuba bilan berkunjung ke Sarawak.

  15. salam……saya x pernah tengok buah dubi….ini pertama kali saya tengok…macam buah sawit…nmpak macam best je….

  16. Saya pernah makan buah ini. Kalau di Brunei Darussalam dipanggil buah Kembayau. Selalunya ia direbus hingga empuk. Sedap di makan panas panas dicicah dengan gula. sementara bijinya pula dibelah dua dan isinya boleh dimakan.

    Disemenanjung mungkin tidak terbiasa memakan buah ini. Rasa rasanya boleh dikomersialkan disini.

  17. Bagus ada sesiapa yang mahir berkenaan buah ini komersilkan agar dapat menyamarakkan lagi industri tempatan berkaitan tumbuhan-tumbuhan unik. Dapat juga menambahkan maklumat berkaitan tumbuhan yang ada di Malaysia.

  18. Buah dabai memang sedap & ia merupakan diantara buah kegemaran seisi keluarga.Buah ini hanya terdapat di Sarawak sahaja .Kalau nak rasa yang lebih sedap sila cuba cara ini … letakan buah dabai dalam kertas plastik & campurkan dengan kicap dan sedikit gula . Kemudian di letakkan di bawah sinaran cahaya matahari seketika sehingga ia masak . Cubalah .. baru tau betapa lazatnya buah dabai ini .

  19. Buah dabai ni banyak juga terdapat di Tawau, Sabah. Asal memang dari Sarawak. Buah ni sebiji macam buah zaitun. Buah yang matang berwarna ungu kehitaman. Biasanya, kita orang akan rendam dalam air panas yang tak terlalu panas, bila dah lembut bolehlah dimakan sama ada dengan garam, kicap atau gula. Buah ni boleh juga di jemur bila matahari terik. Bila lembut, boleh makan dengan mentega dan gula. Rasanya lemak tapi kekadang ada juga yang masam. Bila musim, biasanya dijual pada harga RM6 – RM7 sekilo. Pada yang belum pernah makan buah ni, eloklah mencubanya. Sedap…

  20. A’kum wbt..

    Buah ini rupanya tak silap macam buah KRIANG ACHEH panggilan di sebelah utara. Rasanya manis, kelat dan sedap dimakan begitu saja. Jika dimakan isinya akan mengeluarkan warna purple dan mengambl masa utk menghilangkannya. Berbuah sungguh lebat mengikut musim.

  21. Saya suka sangat makan buah ni. Tapi nak dapat susah sebab kena tunggu musim dia. Kadang-kadang harganya sampai RM12.00 sekilo. Sedap dan lemak rasanya. Kalau pokoknya tak besar, rasa teringin nak tanam pokok ni supaya mudah dapat tak payah cari kat Sarawak. Pernah saya berbual dengan seseorang dari Sarawak dan telah berkahwin dengan orang Johor, telah menanam pokok ini di Batu Pahat dan telah dapat menikmati buahnya.

  22. Assalamualaikum.. apa yg saya tahu, org kata buah dabai ni cuma boleh tumbuh kat sekitar Borneo, xtaulah pulak kesahihannya. Tp kat smennjg memg xda.Kat tmpt sy Kanowit ada. Pokoknya sederhana tinggi, batangnya keputih putihan. Sdp dimakan dgn garam n kicap cmpo nasi sblm tu rendam dulu dgn air suam.. xmahal..

  23. hi,
    tanya sikit, ada sesiapa tau supplier untuk buah ini tak? saya nak cari biji dalam jer,isi taknak. nak banyak jugak, nak eksport. kalu ada e-mail saya harga ye, thanks.
    tantenguwi@gmail.com

  24. Originally Posted By RahmanSaya rasa pokok buah dabai ini banyak tumbuh di Singapura.Tahun 70’an saya tinggal di sana.Pokok ini besar,buah nya warna hijau bila muda…menjadi warna merah dan terus menjadi hitam bila cukup masak.Isinya warna unggu dan sedikit putih.Rasa nya ada manis yg cukup masak dan sedikit kelat…kalau saya tidak silap.

    Kami panggil buah ini “Buah Hitam”

    @Rahman

    Untuk pengetahuan, buah dabai berwarna putih bila muda dan hanya menjadi hitam apabila matang. Di Sarawak, buah ini hanya tumbuh subur di sekitar Bahagian Ketiga iaitu sekitar bahagian Sibu, Kanowit, Kapit. Buah ini tidak manis tetapi tawar tapi berlemak. Dimakan dengan menggunakan kicap atau garam. Dan ada yang memakan buah ini dengan meletak gula(ikut selera).

  25. nak lagi sedap, gaul buah dabai dengan sedikit kicap @ gaul dengan minyak masak, taruk secubit gula kasar.. lepas jemur jer bawah cahaya matahari dlm 15-20 minit.. pastu sedia untuk dimakan yummy..

  26. Dulu, i x pandang pun buah ni.. Pas2 tgok family hbby i suka mkn, i try.. Kelat, berlemak.. x suka sgt.. tp bila i cicah dgn sambal belacan, tmbah lg dgn limau.. Pergghh.. terangkat hbs.. Sjk 2 i mmg menunggu musim dabai ni keluar.. Harga pn mahal.. bleh mencecah smpai 20rgt skilo..

  27. Buah Dabai ni sangat cantik ketika masak, ingatkan buah kurma, ttp rasanya lain perlu kaedah cara memasak yang betul supaya boleh menambatb selera. kalau celur dan gaul garam ,kicap dan gula. Ok lah ttp chef kena ajar cara masak yg betul.

  28. bila dtg bulan december whole family sibuk mkn dabai.. walaupun tggl di daerah kuching, sy berpluang mkn dabai sehingga tiap hari pd bln dcmber ni..huh~ bagi yg dr semenanjg tu perkr wajib yg korg perlu buat rasa buah dabai bila sampai di sarawk ^^ sure sedap!

  29. Masa tahun 80’an sik ramai org Kuching yg pandei makan buah ni, semasa berada di Sibu saya diperkenalkn dgn buah ni. Ia byk dijual di Miri, Klau dah dipenghujung musim boleh mencecah RM40 sekilo.

  30. Buah keriang dot Kut.kat perlis banyak juga.dia macam buah kurma, muda warna hijau, bila masak warna hitam unggu.manis -manis kelat. nanti nak pergi Sarawak.

  31. asal dabai di sarawak ialah di lembah rajang dari belaga hingga ke sibu. Ia diperkenal ke seluruh sarawak sekitar tahun 80an. Ada banyak jenis. Jenis yg paling digemari ialah isi buah lunak berwarna kuning mentega dan rasa yang lemak berkrim.
    Bagi orang luar sarawak jgn jd keliru dengan buah kembayau (iban) buah kamoh (melayu) yg juga menyerupai buah dabai tetapi mempunyai isi yg nipis, agak kelat dan bijinya bulat manakala biji dabai agak bersegi dan sangat keras. Buah kembayau jauh lebih murah dari buah dabai.
    Pasal orang Berunai menyebut buah dabai itu sbg buah kembayau saya pun berasa amat hairan kerana buah dabai dan buah kembayau merupakan buah yang berbeza….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam