March 19, 2024
bunga-kertas Terdapat pelbagai teknik mudah yang boleh anda lakukan untuk pembiakan tanaman hiasan taman.Antara tanaman paling mudah untuk pembiakan ialah bougainvillea atau pokok bunga kertas kerana kepelbagaian spesies dan warna bunganya.Sifat tanaman berkenaan yang cepat subur dan sesuai dengan iklim hutan hujan tropika, mendorong ramai pemilik kediaman menjadikan bougainvillea sebagai penyeri laman. Teknik pembiakan melalui cantuman batang tidak sesukar yang difikirkan. Jika berjaya, ia bakal merimbunkan taman peribadi anda.Teknik pembiakan melalui cantuman batang bougainvillea.Dahan yang dipilih mestilah masih muda dan belum diklasifikasikan sebagai kayu. Pokok asal dipanggil ‘pokok menunggu,’ sementara pokok yang diambil sebahagian kecil batang untuk dicantumkan pula dipanggil ‘pokok mendatang.’ Berikut beberapa langkah yang dicadangkan pemilik Noble Lanscape & Nursery, Khairol Anuar Ahmad. Langkah 1 – Sebaik-baiknya gunakan pisau cukur sebagai alat untuk memotong batang ‘pokok menunggu,’ secara tirus. Langkah 2 – buang semua daun yang berada berhampiran batang ‘pokok menunggu’ yang bakal dicantumkan supaya tidak mengganggu proses pembiakan kelak. Langkah 3 – Belah batang ‘pokok menunggu’ sedalam dua inci dan perlu dilakukan di bawah mata tunas dan ia perlu sama dengan ukuran batang ‘pokok mendatang’ yang bakal dicantumkan. Langkah 4 – Sebelum dicantumkan, potong secara tirus batang ‘pokok mendatang’ supaya tidak menimbulkan masalah ketika pembiakan kelak. Langkah 5 – Cantumkan terus batang ‘pokok mendatang’ ke dalam batang ‘pokok menunggu’ dengan teliti selepas memotongnya tirus sementara getah masih ada. Langkah 6 – Gunakan ‘sealing film’ bagi menguatkan batang pokok yang dicantum tadi. Langkah 7 – Gunakan plastik sesuai yang lutsinar (mudah dimasuki cahaya matahari) untuk membalut bahagian batang ‘pokok menunggu’ dan ‘pokok mendatang’ yang dicantum tadi serta ikat.Sebagai langkah terbaik biarkan selama dua minggu sebelum plastik itu dibuka dan buang semua daun yang ada pada batang ‘pokok menunggu ‘ yang dicantum untuk menghasilkan daun baru ‘pokok mendatang’.
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :21002

4 thoughts on “Membiak tanaman hiasan ~bunga kertas

  1. sasya adalah pembaca setia blog ini. bunga kertas memang cantik bila mekar di laman. Lebih2 lg bila dikacuk dengan pelbagai warna. tapi untuk dibeli di nurseri memang beratus ringgit. kalau boleh, tolong tunjukkan gambar supaya senang pembaca faham n ikuti langkah2 pembiakan tersebut. terima kasih.

  2. Penerangan ni bagus. Kalau disertakan gambar/imej akan lebih senang difahami untuk orang-orang baru seperti saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam