Mata pelanduk

Tumbuhan ini sering ditemui di kawasan belukar dan pinggir hutan. Bahagian akar dan daunnya sering digunakan untuk perubatan. Akarnya dianggap mujarab untuk campuran ubat sakit meroyan. Air rebusan akarnya diyakini baik untuk mengubat sakit tekak atau dada. Tetapi awas, jika minum terlalu banyak menyebabkan seseorang muntah. Daunnya elok untuk mengubat penyalit sengal-sengal tulang. Lumatkan daun beserta akarnya lalu pupukkan pada tempat yang sakit. Buahnya yang berwarna merah dan manis, boleh dimakan sebagai ulam.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :3734

One comment

  1. pokok ni dh lama sy tak jumpa. masa kecik2 dulu banyak ada kat dalam hutan pokok getah kat kampung saya. buahnya bulat kecil. berwarna merah bila masak. rasanya manis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam