Mangga Chokanan – senang ditanam senang berbuah

Mangga Chokanan, salah satu varieti buah yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat mangga. Mangga Chokanan yang berasal dari Thailand ini sememangnya banyak dijual di serata negara khususnya di Semenanjung Malaysia. Jika kena pada musimnya, pembeli boleh mendapatkan buah ini denga harga yang sangat murah. Pada bulan lepas, saya membeli dengan harga RM4/kg.

Disebabkan kualiti rasa buah Mangga Chokanan yang sangat baik, saya turut menanam buah ini. Sebenarnya, tidak sukar menanam pokok Mangga Chokanan ini, yang penting pokok diberikan baja dan air mencukupi, ia mampu berbunga sepanjang tahun. Hasil buahnya seperti pada gambar di atas. Memang berbaloi tanam dan makan sendiri. Tabiatnya yang cepat dan mudah berbuah ini, menyebabkan ramai yang suka menanamnya. Pada umur 1-2 tahun sahaja, anda boleh merasai buahnya.

 

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. buah-buahan.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :10321

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam