Malaysian Palm Oil Council (MPOC) @ MAHA 2010

mpoc

Malaysian Palm Oil Council (MPOC) merupakan agensi yang bertanggungjawab dalam mempromosikan minyak sawit Malaysia di serata dunia. Selain itu, MPOC juga memberi pendedahan akan kebaikan menggunakan minyak sawit kepada pengguna di Malaysia.

minyak-sawit

Antara produk-produk minyak sawit dan minyak campuran sawit yang dipamerkan di pameran MAHA 2010.  Yang menariknya, minyak sawit tidak mengandungi kolesterol.

minyak-sawit2

Antara kelebihan dan kebaikan minyak sawit ialah ia merupakan produk makanan tanpa lemak trans yang berupaya mencegah penyakit jantung. Vitamin E yang terkandung dalam minyak sawit berupaya melindungi tubuh badan daripada penuaan sel dan mencegah kanser.

minyak-sawit3

Antara pecahan-pecahan minyak sawit ialah seperti Crude Palm Kernel Oil ( CPKO ),  Crude Palm Oil ( CPKO ), RBD Palm Olein,  RBD Palm Stearin dan banyak lagi. Setiap pecahan ini mempunyai fungsi dan kegunaan yang berbeza.

minyak-sawit4

Keterangan lanjut mengenai MPOC boleh mengunjungi laman web>> http://www.mpoc.org.my/

Number of View :7597

One comment

  1. Minyak sawit memang banyak khasiat. Kalau tak sokong produk Malaysia terasa malu menjadi rakyatnya. Ibubapa saya peneroka sawit. Teringat masa dulu-dulu, bila mak menggoreng buah sawit muda dengan gula, sedap dimakan. Waktu ramadhan, buah sawit jatuh yang dah hampir reput akan dijadikan bahan bakar menggantikan lampu minyak tanah atau lilin. Banyak kenangan berkaitan sawit ini. Semoga MPOC terus menumpu R&D untuk mencari kegunaan sawit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam