Lobak Merah Sumber Beta Karoten

carrot

Beta Karoten adalah provitamin A yang melindungi kolesterol LDL daripada dioksidasi dan seterusnya mencegah pembentukan zarah oksidan yang akan merosakkan dinding sel pembuluh darah.
Antara sumber vitamin A ialah Astaxanthin yang juga sebahagian daripada keluarga karotenoid iaitu pigmen pada tumbuhan yang memberikan warna merah, kuning, oren. Sumber Astaxanthin yang paling tinggi kadarnya terdapat pada Mikroalgae Haemo-tococcus Pluvialis yang banyak terdapat pada persekitaran laut. Selain daripada aktiviti provitamin A, Astaxanthin juga mempunyai kuasa antioksidan yang lebih kuat berbanding vitamin E ataupun beta karoten.

Menurut kajian, beta-karoten boleh diperoleh dari sayur-sayuran dan buah-buahan tetapi ia mungkin dimusnahkan semasa proses mencuci dan memasak. Sumber beta-karoten secara langsung dari lobak akan diserap oleh badan kita. Kajian juga menunjukkan bahawa beta-karoten semulajadi dari lobak merah adalah 10kali lebih senang diserap oleh badan manusia jika dibandingkan dengan produk suplemen lain.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :4839

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam