March 19, 2024

Limau purut sering dikaitkan dengan buah yang mengandungi khasiat serba guna, dan mempunyai aura tersendiri sama ada untuk urusan di dapur mahupun untuk tujuan kesihatan. Limau juga sering digunakan sebagai bahan penyegar untuk wanita yang sukakan mandian bunga. Harumannya amat sesuai bagi mereka yang sedang dalam keletihan. la menusuk ke dalam sekaligus menyegarkan perasaan. Banyak khasiat limau ini dan daunnya yang perlu anda ketahui.

Limau purut atau nama botaninya Citrus hystrix adalah tanaman semula jadi di ynegara-negara Asia Tenggara. Dikenali juga dengan nama Kaffir Lime (Inggeris), pokok ini biasanya ditanam di sekitar rumah atau di belakang rumah kerana daunnya yang berbau harum dan unik banyak digunakan dalam masakan seperti tom yam.
Daun limau purut popular digunakan dalam masakan Kemboja, Melayu, Myanmar dan Indonesia. Daunnya boleh digunakan dalam keadaan segar mahupun setelah dikeringkan. Sejak berkurun yang lalu, daun limau purut telah digunakan sebagai bahan mengawet makanan dan sebagai pembuka selera.

Bukan sahaja daunnya, malah buah limau purut juga turut digunakan sebagai pembersih dan digunakan sebagai penyediaan perubatan herba dan tradisional. Dalam perubatan tradisional, air limau purut dipercayai mampu mengalih semangat jahat dan menyegarkan mental individu. Pokoknya mudah dikenali daripada struktur daunnya yang berwarna hijau pekat dan berbentuk seperti nombor lapan. Daunnya yang bersayap memberi gambaran dua helai daun yang dicantum- kan hujung ke hujung.

Buah limau purut juga boleh dibezakan dengan mudah kerana buah yang matang berwarna kuning, berbentuk seperti buah pir. Kulit buah limau purut berkedut, tebal, dan isinya tidak mengandungi banyak air seperti limau nipis atau limau kasturi.
Pokoknya hidup subur di kawasan mempunyai pancaran cahaya matahari yang kuat, tidak memerlukan naungan dan boleh hidup selama beberapa tahun. Lazimnya buah limau purut tidak mengeluarkan jus yang banyak tetapi setitis jusnya setanding dengan 10 hingga 15 titis bau dan rasa masam jus limau nipis.

Daun dan buah limau purut telah lama digunakan sebagai bahan perubatan dan masakan. Bau dan rasa ini tidak boleh didapati daripada daun limau yang lain. Buah limau purut mengandungi beberapa minyak pati yang mempunyai nilai ubatan yang tinggi seperti alfa, beta-pinena, sitronelal, neral dan limonena.

Kajian menunjukkan ekstrak daun limau purut mempunyai sifat anti pertumbuhan kuman, boleh menghalang pembesaran sel kanser, mengurangkan tanda-tanda alahan, mengurangkan tekanan darah tinggi dan menaikkan nafsu makan. Daunnya juga turut bersifat anti histamin, anti spasmodik dan hipertensif.

Limau purut boleh menyihatkan gigi dan gusi jika diamalkan sebagai bahan gosokan. Minyak yang diekstrak daripada daun limau purut pula boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Antaranya, digunakan dalam produk-produk mandian seperti sabun dan syampu. Minyaknya juga merupakan pencuci rambut dan kulit kepala. Air buah limau purut boleh digunakan untuk tujuan mencuci pakaian. Malah ada yang menggunakannya sebagai peluntur semula jadi untuk membuang kesan kotor yang sukar dicuci.

Aroma daunnya dikatakan boleh memberi rasa muda. Tambahkan beberapa titis minyak atau hancurkan beberapa helai daunnya dalam air mandian anda. la juga turut digunakan sebagai salah satu bahan untuk mandi wap. Mandian air limau purut ini turut dikaitkan dengan membesarkan aura seseorang sehingga jika diamalkan mandian ini boleh membuat seseorang terasa segar sekali gus menjadikan fikiran lebih positif. Minyaknya juga boleh digunakan sebagai tonik untuk membantu masalah pencernaan dan membersihkan darah.
Ekstrak pati minyaknya boleh digunakan sebagai aromaterapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri. Limau purut dan daunnya juga berupaya merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.
Walaupun terdapat khasiat dan kegunaan daun dan buah limau purut namun begitu, penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan bertauliah bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

Sumber : Majalah Wanita, Januari 2013 ( Ruangan Misteri Alam )

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :12654

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam