Limau Mandarin

Limau langkat dan limau madu adalah dua jenis limau mandarin yang paling popular dan ditanam dengan meluas di negara ini. Buah limau langkat dan limau madu biasanya dimakan segar. Produk-produk dan makanan yang berasaskan limau mandarin yang boleh dihasilkan ialah halwa, jus, acar dan juga sebagai bahan perisa.
Limau merupakan pokok buah-buahan yang berdaun sepanjang tahun (evergreen) dan bersaiz kecil hingga ke sederhana. Pokok limau mengeluarkan banyak cabang dan ranting, mempunyai tabiat pertumbuhan dahan dari menegak hingga melempai dan kanopi berbentuk bulat hingga kebujur. Pokok limau mempunyai sistem perakaran akar tunjang.
Pokok yang dibiak secara tampang mula berbunga antara 2-3 tahun selepas ditanam. Bunga terbentuk secara satu-satu atau secara jejambak di celah-celah tangkai daun pada ranting-ranting muda. Kebiasaannya bunga mengeluar bau yang harum.
Pendebungaan pokok limau berlaku secara pendebungaan sendiri. Agen pendebunga ialah serangga seperti kutu trip, hamama dan lebah madu. Angin juga membantu proses pendebungaan pokok limau.
Buah pada lazimnya berbentuk hampir bulat. Kulit buah agak nipis, berwarna hijau hingga hijau kekuningan dan senang dikupas. Isi buah berwarna kuning oren dan mempunyai antara 9 hingga 15 ulas bagi setiap biji buah limau.

 

 

Number of View :8669

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam