March 19, 2024
limau-kasturi1 Artikel kali ini tentang limau kasturi. Selalunya limau kasturi banyak digunakan dalam minuman. Memang aku sendiri pun suka kalau teh o dicampur dengan limau kasturi dan sedikit ais. Dikatakan juga, teh o + limau kasturi, jika diminum pagi dan petang dapat mengurangkan bau badan. Sejauh mana kebenarannya, aku sendiri belum dapat pastikan. Namun, limau kasturi bukan setakat boleh diminum sahaja. Ada lagi khasiatnya.. Baru-baru aku dapat email dari seorang perempuan , berusia 33 tahun – biasa menggunakan limau kasturi untuk mencantikan rambut dan kulit muka. Menurutnya, dia mengunakan perahan air limau kesturi untuk dilumurkan pada muka dan rambut/kulit kepala. Ini adalah untuk membuang minyak yang berlebihan pada muka dan kulit kepala yang terlalu berminyak. Kalau anda rasa kulit anda/rambut berminyak bolehlah cuba petua ini. Menurut rujukan, selain dari mencantikkan kulit dan rambut, limau kasturi juga dikatakan dapat menghilangkan sakit kepala. Caranya, hiriskan beberapa biji limau dan gosoklah ke seluruh kepala. Biarkan lebih kurang 15minit barulah dicuci. Selain menghilangkan pening ia juga dapat mewangikan rambut, mengelakkan kelemumur & menyejukkan kepala. Aku pun nak try test juga petua ni untuk menghilangkan sakit kepala.. tak perlulah lagi makan panadol.
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :13791

2 thoughts on “Limau Kasturi untuk kecantikan rambut

  1. Waktu cuaca panas,cuba rendam 3 biji asam boi(asam masin)yang warna putih dalam segelas air suam.tambah gula sesedap rasa dan perah 3 biji limau kasturi.Jika suka sejuk tambah ais kiub…mmmm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam