Limau Kasturi Kuruskan Badan

limau-kasturi2

Ramai orang di luar sana tercari-cari cara menguruskan badan menggunakan bahan semulajadi khususnya dari tumbuhan. Memang banyak tumbuhan yang boleh dijadikan sebagai ramuan, namun, antara bahan yang mudah digunakan dan senang didapati ialah limau kasturi. Selain dapat menurunkan berat badan, ia juga dikatakan boleh mengurangkan buncit.

limau-kasturi
Bagi yang mengalami berat badan yang berlebihan, sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk. Jadikan ia sebagai air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini lebih elok diikuti dengan senaman ringan.

limau-kasturi3

Bagi yang ingin kempiskan perut pula, anda perlu mencampurkan limau nipis dengan teh tanpa gula.  Kemudian air tersebut diminum tiap-tiap hari sehinggalah perut anda kelihatan menarik. Saya akan cuba petua ini dan memaklumkan kepada anda sekiranya saya berjaya mengurangkan buncit saya dalam tempoh sebulan. He..he.

Number of View :14046

2 comments

  1. salam,

    saya dapati pokok limau kasturi nie senang nak tanam dan berbuah.selalunya klu xpetik pun lambat nak busuk.tapi time musim hujan saya dapati buah limau nie cepat busuk di pokok.boleh bantu saya nak selesaikan tak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam