March 19, 2024
lidah-jin Jika dahulu, pokok Lidah Jin tumbuh terbiar dalam semak dan pinggir hutan. Kini, pokok itu yang nama saintifiknya Sansevieria menjadi pokok hiasan popular di kalangan peminat seni taman kerana keunikan daun serta ketahanannya terhadap sebarang cuaca.Pokok hiasan tidak berbatang dan berasal dari Afrika ini sememangnya mudah hidup. Ia sesuai pada suhu 16 hingga 21 darjah Celsius dan boleh dimanfaatkan sebagai tanaman sempadan, pagaran, di dalam pasu, bersama pokok lain dan lebih menarik sebagai pokok hiasan untuk taman batu. Pokok ini lebih mudah hidup sekiranya diletakkan di kawasan redup atau kawasan bersuhu 10 darjah Celsius dengan dedahan cahaya yang cukup dan mampu bertahan untuk tempoh lama. Ia juga sesuai ditanam dalam rumah tetapi mesti diletakkan berhampiran tingkap bagi membolehkannya mendapat cahaya matahari yang akan membantu proses fotosintesis dan proses tumbesarannya. Sanseveria yang turut dikenali dengan nama Lidah Ibu Mentua (Mother-In-Law’s-Tongue) di negara Barat memerlukan tanah yang sesuai, menggunakan kaedah penyediaan tanah campuran membabitkan kandungan kompos. Ini perlu untuk menggalak pertumbuhan akar. Pokok ini juga boleh ditanam menggunakan media selain tanah seperti longgokan batu sungai bersaiz kecil dengan sedikit air yang diletakkan di dalam balang kaca bersaiz besar atau sederhana, sesuai ditempatkan di atas meja hiasan atau almari. Penanaman dalam rumah memerlukan sedikit pengurusan iaitu memerlukan semburan halus air pada daunnya dan gunakan kapas untuk menyapu habuk dan ia membantu menyerlahkan daunnya yang berkilat. Spesies Sansevieria: 1. Sansevieria cylindrica Bojer: Memiliki daun berbentuk selinder, tegak panjang dan tajam hujung puncak daun dalam ukuran dua hingga tiga sentimeter lebar. Daunnya berwarna hijau tua berbelang-belang kelabu. Spesies ini seakan-akan pokok sekulen kerana daunnya turut menyimpan sedikit air walaupun keras. Bunganya tidak indah dipandang, terserlah dalam kuntuman kecil dan berjambak. Tangkai bunganya keluar secara memanjang dari celahan daun tengahnya. 2. Sansevieria hahnii: Spesies ini paling diminati kerana bentuknya yang padat dan rendah dengan ukuran panjang daunnya sehingga enam sentimeter. Sesuai ditanam dalam pasu kecil dan kebanyakannya digunakan untuk menyerikan dekorasi taman batu. 3. Sansevieria trifasciata Prain: Spesies ini yang mempunyai daun panjang yang tajam, tebal dan keras. Warnanya kelabu berbelang-belang hijau tua. Pertumbuhan yang subur akan menyerlahkan bentuk daunnya yang berpintal-pintal. 4. Sansevieria trifasciata: Daripada varieti laurentii pula memiliki daun lebih tebal dan keras. Pokoknya kelihatan lebih tegap dengan keindahan warna daunnya kelabu berbelang-belang hijau tua yang diserikan dengan jalur kuning muda pada keseluruhan tepi daun. Cara menanam dan membiak: Lidah Jin mudah dibiakkan sama ada menggunakan kaedah belahan rumpun (sesuai dilakukan ketika pemasuan semula), memisahkan anak dari pokok atau kaedah keratan daun. Ia mudah berakar sekiranya menggunakan pasir sebagai media tanaman. Daunnya yang panjang boleh dipotong dengan membuat tanda khas pada bahagian bawahnya bagi memudahkan proses penyemaian. Penggunaan pasir yang boleh mengalirkan air keluar dari bekas semaian disyorkan kerana bekalan air berlebihan akan menyebabkan daun menjadi reput. Ini akan menggagalkan proses pengakaran dan pertumbuhan anak benih baru. Anak semaian perlu ditempatkan di kawasan yang redup atau terlindung daripada dedahan cahaya terbuka atau hujan lebat. Penjagaan ini perlu dilakukan dalam tempoh sebulan sehingga anak benih baru mampu berdikari dan tahan lasak sebagaimana induknya.
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :22960

10 thoughts on “Lidah Jin sesuai untuk pagaran

  1. namanya pun Lidah Jin…mana buleh makan….kalu sup lidah lembu buleh la makan…

  2. Ingin bertanya: Dimanakah saya boleh dapatkan Lidah Jin nie….dan benarkah daun LIdah Jin dikenali juga dengan pokok melong? Sekian. terima kasih.

    Fadz

  3. TUMBUHAN LIDAH JIN
    Tumbuhan ini adalah saudara kepada lidah buaya dan yang sejenis. Saya ada seorang rakan yang memberitahu bahawa tumbuhan ini amat berkesan bagi merawat penyakit lemah buah pinggang. Beliau pernah merawat seorang guru yang berbulan-bulan menderita sakit buah pinggang dan seringkali keluar masuk wad untuk rawatan hingga kulit badan cikgu tersebut menjadi agak kehitaman akibat toksid dalam badan yang tdk dpt dikumuhkan oleh sistem perkumuhan beliau. KERANA merasa kasihan dgn penderitaan cikgu tersebut maka kawan ini telah membantu dgn memberi rawatan cara tradisional dgn sup lidah jin tersebut dan syukur beliau telah beransur sembuh dan sihat kembali menjalankan tugas seharian.

    Tumbuhan ini tidak beracun dan selamat untuk diminum sebagai penawar. Bhg yg digunakan ialah bhgn akar dan pangkal daun direbus dan diminum seperti teh, amal sehingga sembuh. Jika tuan/puan yakin boleh mencuba…

  4. pokok lidah jin juga boleh merawat penyakit talasmia,penyakit darah putih tu,dengan ambil bhg jalur kuning je dekar sisi daunnya direbus sehingga mendidih .dah sejuk bagi kat pesakit tadi minum.petua dari atuk sya.sya ada juga tanya tak mabuk ka meminumnya.dia kata tak.mintalah pertolongan dari allah dan bertawakal.

  5. pokok lidah jin juga boleh merawat penyakit talasmia,hipertatise, penyakit darah putih tu,dengan ambil bhg jalur kuning je dekar sisi daunnya direbus sehingga mendidih .dah sejuk bagi kat pesakit tadi minum.sya ada kawan bagi tau guna yang jantan(berjalur kuning) dan amalan sekali seminggu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam