Lidah Buaya

lidahbuaya

Lidah Buaya adalah sejenis tanaman yang mudah tumbuh sama ada ditanam di dalam pasu ataupun di kawasan tanah lapang. la biasa dijadikan tanaman hiasan atau untuk tujuan perubatan. Pokok Lidah Buaya menjadi terkenal kerana ia dikomersialkan untuk dijadikan bahan kosmetik berguna bagi penjagaan dan penyubur.
Daun Lidah Buaya panjang, runcing dan tajam di hujungnya. Daunnya tebal kerana di dalamnya mempunyai cecair atau lendir seperti jeli yang berkhasiat dan berguna. Tepi daunnya bergerigi dan berduri kecil dan pendek. Keseluruhan daun, akar, dan bunganya yang segar, baik untuk kesihatan.
Lendir Lidah Buaya mampu mempercepatkan proses penggantian sel, mengelakkan jangkitan, merawat kudis, gatal-gatal dan menghilangkan parut. Sapukan lendir Lidah Buaya bersama garam di sekeliling bisul untuk meredakannya. Selain itu, jus Aloe Vera juga mampu mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis, masalah jantung, luka dalam badan, buasir, sembelit, sakit sendi, ulser, masalah ginjal dan banyak lagi. Wanita hamil ditegah meminumnya kerana ia boleh mengganggu kesihatan kandungan.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :11001

10 comments

  1. Salam.
    Anak saya yang no.3 rajin kupas kulit kemudian blend isi tumbuhan lidah buaya ini. Sekali mesin 3/4 batang kemudian kami sekeluarga pakat2 lumur kat muka dan rambut. Bole nampak kesannya sejak gunakan kaedah rawatan yang free dan economikal ni…hehe Amat berkesan!

  2. salam.Daun lidah buaya memang tinggi khasiatnya.Salah satu darinya adalah sebagai penawar racun atau santau.Daun dikupas kulitnya dan terus dimakan.Selain dari tu ia juga boleh dibuat syampu bg menyihatkan kulit kepala dan menghilangkan kelemumur.Lendir daun mujarab untuk kudis dan gatal2 kulit jg baik untuk perawatan melecur terbakar.

  3. Daun lidah buaya elok untuk kulit, luka dalaman perut seperti gestrik, apendik, kencing berdarah, selepas melakukan pembedahan dalaman atau luaran. Caranya cuma ambil lendihnya yang berwarna putih tu cincang halus dan digaul dengan madu lebah terus dimakan (ditelan) buat sebegini hari-hari insyakAllah. Saya ada menginap penyakit buah pinggang dan kencing berdarah. Saya mencuba cara begini Allhamdulliah bulan lepas saya pergi jumpa doktor buat pemeriksaan kencing berdarah dah tak ada lagi, buah pinggang ok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam