Lemba – Molineria latifolia

Sejenis tumbuhan berumpun yang gemar hidup di kawasan yang redup dan terlindung dari matahari. Buahnya mempunyai rasa manis sehinggakan apabila kita minum air atau makan apa saja selepas makan buahnya, semuanya terasa manis.
Bahagian yang digunakan ialah akar dan buah.

Kegunaan
1. Bahagian akarnya berfungsi untuk:
~ Mengubati sakit ginjal,
~ Menguatkan fungsi seks
~ Menghilangkan sakit perut kerana kesejukan.
~ Mengubati sakit kepala
~ Mengubati ulser mulut
>>akarnya direbus sehingga mendidih dan dibuat kumur2

2. ~Buah lemba yang manis boleh menggantikan gula bagi pengidap kencing manis.
~ Buah lemba yang manis dicampurkan dengan air dan diminum amat sesuai untuk meredakan demam.
3. Ia juga dikatakan boleh mengubati demam malaria
4. Mengubati batuk
5. Merawat bengkak
6. Melawaskan kencing
7. Sebagai ramuan ubat periuk bagi wanita.
8. Biji lemba yang berwarna hitam seperti biji selasih dicampurkan dengan sirap dapat menyejukkan badan
9. Daunnya yang kering boleh dipintal menjadi tali

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :7559

13 comments

  1. gambar pokok lemba yang dipaparkan adalah berlainan dari yang saya pernah tengok dan kenali di kawasan pendalaman. berkenaan khasiatnya adalah betul .

  2. mungkin di kawasan pedalaman pokoknya lain sedikit.. tak sama pokok lemba yang ditanam yang di dalam polibeg dan mungkin spesisnya juga mungkin tak sama…

  3. lemba ni ada banyak spesis kot…yang kt hutan dan biasanya tumbuh dipangkal pokok-pokok getah daunnya seakan daun pokok kelapa atau kelapa sawit yang baru bercambah serta urat daunnya berkeadaan selari dan jelas….Nasib baik ada orang macam fazli ni yang rajin kumpul info2 begini…..banyak juga pokok yang saya tercari-cari tapi x boleh bayang…akhirnya dapat tengok disini untuk memudahkan pencarian…..terima kasih

  4. Sekarang ni dimana kah bolih dapat benih atau pun pokok lemba ini? yang lain kegunaan nya itu dapatkah diterangkan lagi?

    Salam

  5. salam,
    bentuk pokok lemba kat kampung saya memang lain bebeno dgn yang kat gambar tu. pelepahnya sampai ke tanah nampak seakan2 pokok pisang kipas tapi saiz mikro. buahnya akan tumbuh di atas tanah yakni di pangkal pokok tersebut. berbunga kuning. buah nya seolah2 berada dalam satu tandan yang kecil.

  6. pokok ni dari spesis orkid. banyak terdapat dikebun getah dan hutan kecil. aku ada tangkap gambar siap dengan buah dan bunganya. aku suka mengepat (dialek orang pahang) lepas tu minum air masak kosong. nanti aku antor gambor pada fazli.
    arwah bapa mertua aku ada satu cerita pasal buah lemba ni. dia auta orang putih masa kecik2 dulu. nak jadi cerita masa tengah meronda dikawasan temerloh dulu, mat saleh ni (tuan kebun) dahaga teramat sangat.
    jadi bapa mertuaku ofer buah lemba sebagai alternatif.
    bapa mertuaku kata kat sini ada air sungai yang manis..apalagi minumle mat salih tu air sungai pahang yang manis sepuas-puasnya.

  7. Subhanallah rezeki yang Allah beri pada makhluknya amat banyak ada pahit, payau, kelat,tawar dan manis. Setakat ni yang saya tau pokok herba yang rasa manis Lemba, Pokok Ajaib dan Pokok Stevia

  8. salam, saya ada hutan simpanan (sendiri punya bukan hutan simpanan kerajaan) berumur leih 80 tahun, mcm2 pokok herba ada, pokok lemba banyak sekali,kalau tuan2 nak buat kajian ka atau apa apa pun jemputlah datang ke Kedah atau contact saya – pieebgading@yahoo

  9. selain mempunyai khasiat tersendiri, buah lemba ini boleh digunakan sebagai bahan peraman buah-buahan, dikatakan sekiranya buah lemba diletakkan bersama buah salak yang diperam, salak tersebut akan manis. begitu juga buah-buahan yang lain… selain itu, ia juga digunakan untuk menambah selera makan bagi kanak-kanak, caranya ialah dengan memakan buahnya. selamat mencuba…

  10. Bahagian akar lemba berfungsi untuk:
    ~ Mengubati sakit ginjal,
    ~ Menguatkan fungsi seks

    Bolih tolong beri sedikit kata bagaimana cara guna pakai akar lemba untuk ubat menguatkan fungsi sex? tkq

  11. Saya ada membuat pembenihan pokok lemba .Tinggal di teluk Intan ,Perak. Buat secara kecilan je….klau nak tempah anak pokok lemba ,sms 013 4383800.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam