|
Punca
Ketidaksuburan Lelaki
Biasanya lelaki akan menyalahkan
pasangannya, kononnya tidak memberikan mereka
zuriat. Namun tahukah anda
melalui kajian dan ujian kesuburan yang dibuat di
antara pasangan suami isteri, didapati lelaki menjadi punca
masalah. Pemeriksaan
kesuburan antara
kedua pasangan perlu dilakukan untuk mengenal pasti
masalah sebenar. Suami
seharusnya tidak berasa takut kerana masalah
kesuburan mereka boleh diatasi
sekiranya
diberikan rawatan sempurna.
Produksi sperma dikendalikan dalam
pundi-pundi seminiferus
dan memerlukan
keadaan yang optimum. Ketidaksuburan
yang mengganggu jentera
produksi berpunca dari suhu yang tinggi, nikotin dari
rokok, alkohol dari minuman keras, dadah,
ubat-ubatan, sinaran ungu
dan tekanan
emosi.
Masalah ini
boleh berubah jika faktor-faktor
tersebut dapat dielakkan. Jauhi minuman keras,
berhenti merokok dan
mendapatkan nasihat doktor jika emosi
tertekan adalah jalan
terbaik untuk memperbaiki kesuburan anda. Lelaki juga
digalakkan mengamalkan
gaya hidup sihat, selain pengambilan makanan sihat
seperti
sayur-sayuran dan buah-buahan.
Sistem pertahanan badan mengeluarkan
antibodi
untuk
menghapuskan kuman atau
virus yang terdapat dalam tubuh manusia.
Sebilangan kecil lelaki yang pernah mengalami
gangguan pada bahagian buah zakar atau
menjalani pemandulan,
akan mengalami masalah produksi antibodi pada sel
sperma.
Sperma yang dikeluarkan
semasa persetubuhan akan
diletak antibodi dan
secara tidak langsung
akan melemahkan sperma. Ini akan
menghalangnya
bercantum dengan
telur
wanita.
Masalah ini akan
jadi lebih berat jika tahap antibodi
sperma rendah.
Rawatan yang
spesifik boleh diberikan
untuk merendahkan tahap
antibodi tadi seperti rawatan dengan ubat-ubatan
yang boleh merendahkan tahap
antibodi seperti 'corticosteroids' atau
'cortisone'. Masalah ini dialami oleh lebih
kurang lima peratus daripada kes masalah
kesuburan lelaki. 25 peratus daripadanya
berjaya menghamilkan isteri selepas menerima
rawatan.
Terdapat kes kesuburan lelaki
dipercayai
mempunyai kaitan dengan kekurangan
hormon. Perkembangan sel sperma tertakluk
kepada pengeluaran hormon
kesuburan Follicular Stimulating Hormon dan
Luteinsing Hormon yang optimum.
Doktor akan memberi suntikan hormon
kepada lelaki yang mengalami kekurangan
pengeluaran hormon tersebut.
Dengan
suntikan
ini, tahap kesuburan akan meningkat dan isteri akan mencapai
kehamilan. Kedua-dua
hormon ini perlu diambil untuk jangka masa yang lama
(tiga hingga 24 bulan) atau
sehingga
isteri didapati hamil.
Melalui kaedah ini,
50 peratus daripada kes
kekurangan hormon ini berjaya mendapat anak
selepas diberi suntikan. Manakala bakinya mungkin
perlu menjalani kaedah-kaedah
lain untuk meningkatkan
lagi tahap
kemungkinan mencapai kehamilan. Salah satu rawatan
yang boleh membantu
ialah Intrauterine Inseminationmof Washed
Husbn Sperm (IUI) iaitu dengan menyuntik
benih yang telah diproses ke dalam rahim dan kaedah bayi tabung uji
(IVF). Cara ini
boleh dijadikan alternatif jika suami mampu
menghasilkan benih dan tidak mandul.
Terdapat juga kes
ketidaksuburan ini disebabkan oleh bahagian saluran
sperma tersekat. Beberapa
faktor penyumbang kepada masalah ini ialah penyakit
jangkitan kuman di
bahagian salur sperma atau masalah semula jadi iaitu
ketiadaan sebahagian salur
sperma.
Penyakit paru-paru kembang turut berkaitan
dengan masalah sekatan di
bahagian salur sperma. Masalah ini boleh
diatasi dengan pembedahan mencantumkan
salur sperma. Untuk rawatan lanjut, pakar perubatan akan
membantu merawat masalah
ini terutamanya dalam kes kritikal seperti
sekatan
yang terlalu banyak.
|