Labu Kayu

labu-kayu

Artikel kali ini mengenai salah satu spesis buah nadir yang masih terdapat di Malaysia yang dikenali dengan nama Labu Kayu. Mendengar namanya sahaja sudah tentu membuat anda tertanya-tanya kenapa ia digelar labu kayu. Labu kayu mempunyai kulit yang keras seakan kayu dan bulatnya sebesar buah labu. Jika dilihat isi dalamnya yang bewarna putih tidaklah seperti buah labu pun dan pokoknya pula pun tidak seperti pokok labu. Ini kerana pokoknya besar dan buahnya terdapat pada dahan-dahan utama. Memang unik !!

Daripada kaji selidik terhadap orang ramai, masyarakat cina lebih mengenali buah ini dari segi kegunaan dan khasiatnya. Mereka menggunakannya air rebusan buah tersebut bagi mencuci usus atau perut. Caranya ialah merebus buah tersebut termasuk kulit dan isinya sekali selama 1-2 jam. Kulitnya perlu diketuk bagi memudahkan proses rebusan. Ia boleh diminum untuk kesihatan seisi keluarga. Daripada maklumbalas, setelah air rebusan diminum,  anda akan kerap ke tandas dan diikuti secara bergilir-gilir dengan ahli keluarga anda.

Daripada kaji terhadap kaum melayu pula, kebanyakan mereka biasa menjumpai pokok buah ini dan ada juga yang ditanam di halaman rumah, tetapi sayang mereka tidak tahu menggunakannya.  Yang menariknya, ada yang menjadikannya sebagai bola bowling dan ada yang terlebih kreatif menjadikannya sebagai ‘helmet‘.

Mungkin anda di luar sana tahu khasiat dan kegunaan lain buah ini. Di harap boleh kongsikannya di sini.

Number of View :36244

100 comments

  1. Assallamualaikum,

    Labu kayu, sejenis buah labu yang pokok jenis pokok kayu tidak seperti pokok labu-labu yang lain menjalar.
    khasiat perubatan: boleh menjadi penawar darah Tinggi & kencing manis.
    menjadkan perjalanan darah lancar.

    cara-cara; buah Labu dibelah dikelerai kecil-kecil direbus sehingga air bertukar warna menjadi choklat gelap bak kata rebus sehingga air surut sehingga tinggal 1/3 dari air semasa sebelum dimasak.

    amalkan minum setiap pagi & petang

    Insallah mujarab,

  2. Maklumat Labu kayu seringkali di gunakan dalam perubatan melayu sebagai penawar kencing manis dan darah tinggi. Pokok Labu kayu sangat unik yang mana ianya pokok berkayu dan buah wujud pada batang utama. Labu kayu masih di jumpai di sekitar Terengganu

  3. En Fazlisyam, sebenarnya tentang khasiat tu saya kurang tahu sangat. kalau en fazlisyam nak tahu , hubungi Tn Hj Rashid K/U Terengganu. Dia lebih tahu. saya hanya dapat mencari mana nak dapatkan buah tu. Di SPK Hulu Paka hanya terdapat pokok aje, tak berbuah lg setakat ini kerana saya menanam di dalam pasu sahaja.

  4. Yang saya tahu cara nak makan nya dengan cara di buat jus dengan cara memasak nya.tu adalah dari tuan punya pokok tu sendiri dari Kg.Serdang, Dungun Terengganu

  5. Wah, buah yang satu ini saya belum pernah melihatnya “labu kayu” yang saya kenal ubi kayu he he
    tapi kalau dilihat bentuk buahnya mirip dengan buah delima, apa benar ya

  6. Dikampong saya Kg Tumang johol ns banyak buah ni
    tapi kami tak pernah makan,sebab buah ni memabukan
    bila lembu makan dia pun sakit perut,tapi tak tahu lah
    buah lain kod.

  7. saya mengetahui mengenai pokok ini adalah melalui jiran saya semasa di kampung.pokok ini seringkali di gunakan dalam perubatan melayu sebagai penawar kencing manis dan darah tinggi. tapi dari segi penggunaan lain saya tidak berapa pasti

  8. kalau tak silap, saya ada melihat buah ni masa kecil dulu, tapi ibu saya bagitau buah ni tak boleh makan kerana memabukkan.

  9. pokok n buah ada jual d pasar tani. buah sbesar limau langkat tp licin bkilat + bintik kcoklatn. btg pkok perang muda n daunny sbesar 2 jari (sexyla!) n mruncing spt daun bunga cina. pjual ada bgtau sexy khasiatny tp sexy x ingatla. mulany sexy ingatkn ianya adalah benih pkok bunga ‘loceng gergasi’ yg mk angkat sexy kasi benihny thn lps.

  10. Tak pernah tengok dan tak pernah dengar nama buah labu kayu ni, nanti cuba2 cari dan tanya2 mungkin ada di tempat saya ni

  11. Belum pernah saya mendengar nama dan melihat buah labu kayu nie. mungkin tumbuhan ini ada di kawasan tertentu sahaja.

  12. ditaman tempat sya tinggal ni ada pokok tu buahnya hijau berkilatdan dahanya berduri besarnya lebihkurang bola boling

  13. kalau tak silap saya buah labu kayu ini boleh dijadikan untuk menghalau tikus dalam rumah. cuma letakkan buah labu kayu ini di tempat-tempat yang menjadi laluan tikus pasti tikus cabut lari….

  14. ish..ish..teman tak pernah nampak lah buah labu kayu ni….bagus2 ada info diatas ni boleh share

  15. Inilah pertama kali saya tenguk dan dengar pasal buah ini. Mungkin saya pernah jumpa tapi tak perasan. Di mana boleh didapati pokok ini dan dia tumbuh di tanah yang macamana?

  16. Tak boleh nak komen, sebab tak pergi kawasan situ.
    Mengenai buah yang jarang ditemui, saya nak tanya pernah lihat dan dengar buah SAPU KAYA. Buahnya seperti sebuah loceng.

  17. Salam, saya pernah menjadikan buah Labu Kayu ini sebagai ubat caranya pecahkan dulu buah ini dgn menggunakan benda keras sebab kulit buah ini terlalu keras dan rebuskan bersama buah Kurma Cina selama 3 & 4jam bila air rebusan itu susut barulah kita angkat. Air rebusan buah Labu Kayu itu akan mengeluarkan satu bau yg kuat dan airnya akan bertukar menjadi warna hitam macam air kopi, barulah kita minum setiap pagi & malam. Kebanyakan buah ini ditanam oleh kaum cina. Saya juga dapat buah ini drp kawan saya dari kaum cina. Isinya berwarna putih tapi bertukar warna bila direbus.

  18. Di tempatku sudah tidak terlihat lagi, atau memang sejak dulu tidak ada. Tetapi seperti labu2 yang lain memang mempunyai banyak khasiat.
    Salam
    Yogyakarta

  19. kat kg saya ada tingok buah ini. tapi tak dipanggil labu kayu. tapi sy x ingat nama apa. nanti sy tanya org tua ok. khasiatnya boleh ubat darah tinggi. pasal nenek sy ada penyakit tu. dia yang bagitau pasal buah ini.

  20. assalamualaikum…
    mmg coml buah nie…. sy sndiri pun x pernah thu ade jgk buah yg comel cm nie… hehehehehe..
    ape2 pn informasi yg awak bg mlalui blog nie mmg amat2 bermakna buat sy yg smemangnya x d pengeetahuan sgt sal tumbuh-tumbuhan yg boleh memberi mafaat kpd manusia… thanks…..

  21. Kalau tengok gambar ni saya rasa buah ni di N9 dipanggil buah gopong. Besar macam limau bali tapi keras. Kulit dalamnya keras macam tempurung kelapa. Zaman dulu org buang isi luar dan dalam tempurungnya dan jemur dan boleh dijadikan gopong (bekas air macm labu tu pasal org panggil labu kayu). Ini kalau tak silap tengok gambar ni lah. Dulu kat kampung den ado sebatang now dah kene tebang.

  22. salam…
    terima kasih sgt2 coz dh lama sy tertanya2 nama buah ni. Saya selalu perhati pokok ni setiap kali keluar rumah kerana apa apek kat kampung saya yang tanam pokok ni. Geram tengok buah labu kayu ni..dari jauh macam limau bali.

  23. Maaf, ini kali pertama saya melihatnya..
    Sungguh menakjubkan. Saya ingat hanya ada labu air dan labu biasa aje. Tak pernah jumpa lagi so…tak boleh nak komen…sorry..

  24. isi buah ini boleh dijadikan baja kepada pokok dengan melalui proses pemeraman. Ambil isi buah labu ini kemundian peramkan dengan air dari basuhan ikan. peram selama 12 – 15 hari sehingga mengeluarkan bau masam-masam manis. Untuk penggunaan perlu dicairkan pada kadar 1:1000 bagi semburan daun sementara semburan tanah 1:500 selamat mencuba.

  25. Salam..sy nak bertanya dimana sy boleh dapatkan labu kayu ni..sy skrg menatap di johor..ader saper saper yg boleh memberi info, boleh email kat sy….

  26. Cadagan sahaja:
    Kalau boleh pamerkan gambar buah, buah dibelah dan buah atas pokok.
    Kalau tak silap, kebanyakan orang kata buah ini racun tak boleh dimakan. Kalau ada recipi baru orang akan cuba.

  27. Assalamualaikum bg yg muslim
    dan slam sejahtera bg yg bkn muslim

    Setahu saya buah ini bleh dijadikan ubat untuk wanita yg tdk bleh mengandung.Buah ini juga bleh dijadikan ubat kencing manis dan darah tggi.

    Buah ini juga seperti limau barli cuma lebih keras
    buah ini pernah dipotong menggunakan gergaji..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam