Kisah Pengamal Herba Seisi Keluarga

Setiap hari saya minum teh misai kucing, mas cotek yang mana pokok tanam sendiri dan dikeringkan serta dibuat serbuk teh. Kencing saya lawas. Saya juga mengadunkan beberapa jenis herba menjadi tepung dan dimasukkan dalam kapsul dan dimakan tiap-tiap hari (hempedu bumi, jarum 7, sambung nyawa, beluntas, dukung anak, halia, lada hitam, kaduk dan rempah ratus ). Saya makan setiap hari dan proses pembuangan angin dan najis amat baik sekali.

Saya memang pengemar ulam dan yang selalu saya makan ialah seperti pucuk putat nasi, beluntas, bebueh, petai, jering, kerdas, pucuk kari, pucuk gajus, pucuk paya pantai, pucuk jering, pucuk kerdas, keladi agas keladi ulam, sambung nyawa, jarum tujuh bunga orange dan unggu, pegaga air, pegaga gergasi, pegaga bintang, pucuk tenggek burung, ketumpangan air, kaduk, putat sawah, putat hutan, kangkong, kucai, kobis, timun, salad, saldri, lobak merah.

Petua tradisional untuk kecantikkan muka – bedak sejuk dicampur dengan lendir daun lidah buaya dan sirih melayu dilumatkan dan disapu kesemua muka sebelum tidur dan dicuci keesokkan hari, minum air atau serbuk hempedu bumi, misai kucing, jarum 7, sambung nyawa, beluntas, kaduk untuk kesihatan dalaman, dan sekiranya terluka ambil daun hempedu bumi diramas-ramas dan dipupuk pada tempat luka, walaupun pedih tetapi cepat sembuh atau daun kapal terbang dilumat dan dicampur dengan sedikit kapur sireh dan ditampal ditempat luka bagi memberhentikan darah mengalir atau sapu minyak gamat.

Kanak-kanak demam ambil pucuk kacang panjang diramas dan dipupuk dikepala atau asam jawa diramas dengan sedikit air dan disapu dikepala, jika sakit perut ambil pucuk jambu batu dimakan atau direbus bersama kulitnya hingga mendidih dan setelah sejuk bolehlah diminum. Bagi wanita lepas bersalin daun mengkudu, ara lempung, bebueh dialas pada tungku iaitu besi panas dibalut dengan kain dan dituam pada perut bagi mengeluarkan darah kotor dan angin dalam badan.

Semua keluarga saya penggemar ulam. Antaranya ialah ulam pucuk putat nasi, bebueh, beluntas, jarum 7, sambung nyawa, ulam raja, pucuk kari, ketumpangan air, pegaga gergasi, kaduk, pucuk sekentut, pucuk ulat bulu(pucuk letup) dan daun durian belanda untuk menakutkan tikus, dan pokok cermin untuk menakutkan nyamuk dan daun garuda untuk menakut serangga.

Kiriman E-Mel: osmansd1 @ gmail.com, Umur 56 tahun.

Number of View :7310

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam