Kiambang dan khasiat Ubatan

Seluruh bahagian pokok kiambang dikatakan mengandungi banyak kalium dalam bentuk kalium klorida dan kalium sulfat dan bahan pahit yang akan larut dalam air di mana ia tumbuh. Oleh itu pendarahan dalam usus dikatakan mampu terjadi jika manusia terminum air di mana kiambang tumbuh. Malah jika kiambang dimakan mentah, kesannya dikatakan mulut dan kerongkong akan berasa gatal dan sakit.
Pokok air ini tidak memiliki nilai ekonomi yang tinggi kecuali sebagai sumber humus atau baja atau pun sebagai tanaman hiasan di kolam atau akuarium. Namun begitu tahukah anda, kiambang juga dikatakan memiliki khasiat ubatan yang tersendiri. Untuk tujuan ubat herba, tidak semua spesies yang boleh digunakan, hanya spesies yang tercatat saha-ja yang dimaksudkan.

Air rebusan daun dikatakan boleh diminum untuk merawat batuk darah, diabetes dan sifilis dan juga digunakan sebagai air mandian untuk mengurangkan masalah kembung air di perut.
Seluruh bahagian pokok dikatakan jika ditumbuk lumat boleh dijadikan ubat tampal pada kulit perit dan bengkak, bisul, sifilis dan terseliuh. Manakala air rebusan seluruh bahagian ini dikatakan boleh diminum untuk merangsang haid, melawaskan buang air kecil dan penghadaman, merawat disenteri, gonorea, sakit buang air kecil dan tiada atau kurang air kecil. Akar pokok teratai pula dikatakan boleh direbus dan diminum untuk melawaskan buang air besar.
Walaupun terdapat pelbagai kegunaan kiambang, namun sebelum menggunakannya perlulah mendapatkan nasihat pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :6797

3 comments

  1. Salam..

    Bagaimanakah cara untuk saya memperolehi maklumat mengenai bunga kiambang dari segi cara dan kawasan pembiakan serta kesan pembiakan bunga tersebut kepada alam sekitar sekiranya tumbuh secara meluas di atas permukaan sungai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam