Khasiat Timun

timun

Siapa yang tidak mengenali timun. Sejenis sayur yang popular dalam penggunaan kita seharian terutama dalam penyediaan nasi lemak dan sate. Timun juga sedap dimakan begitu sahaja ataupun dibuat ulam. Di setengah- setengah tempat, timun juga dikenali sebagai mentimun atau nama saintifiknya ialah Cucumis sativus. Menurut kajian tempatan, timun hanya mengandungi sedikit sahaja protein iaitu 0.65%, lemak 0.1%, dan karbohidrat 2.2%. Selain itu, timun juga turut mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, B1, B2, C dan niasin.
Bahagian timun yang mempunyai rasa pahit adalah disebabkan oleh kandungan sebatian kimia jenis terpen yang dikenali sebagai cucurbitasin. Manakala biji timun pula mengandungi racun alkoloid jenis hipoxantin yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan.

Dalam rawatan perubatan tradisional, timun turut dipercayai berkesan untuk mengubati penyakit disenteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar. Bagi mereka yang menghidapi sakit tekak apabila diserang batuk , penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari. Selain itu, timun juga mempunyai pelbagai khasiat dan penawar. Kebanyakan golongan tua suka memakannya kerana ia boleh menyejukkan badan. Kandungan jus didalam timun yang dikisar pula mujarab bagi merawat gastrik dan ulser duodenal.Bagi mengatasi masalah pusingan asid urik seperti gout,reumatik,dan artritis,caranya ialah dengan mengambil timun-timun tadi lalu dikisar bersama air bagi mendapatkan jusnya.Selepas itu,jus timun tadi dicampur dengan perahan lobak merah dan saderi. Biji mentimun pula kaya dengan potasium di mana cecair daripada bijinya dapat merawat masalah kekerapan membuang air kecil. Untuk mengubati kudis pula,perahan timun dicampur dengan jus lobak dan salad dan parutan timun pula digunakan untuk rawatan kecantikan.

Number of View :11056

3 comments

  1. Saya amat setuju dan yakin akan khasiat timun merawat penyakit keluar darah semasa membuang air besar kerana setelah mengamalkan jus mentimun, saya rasa amat sihat dan tiada masalah buang air besar lagi.

  2. Sya suka meratah timun, tidak kira siang atau malam.
    Kerangupan serta jusnya yg mempunyai aroma bau yg
    menyenangkan sya membuatkan peti ais rumah saya sentiasa ada timun.

  3. timun juga baik untuk darah tinggi…makan begitu saja sekiranya rasa sakit kepala akibat terlebih makan daging atau seangkatan dgnnya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam