Khasiat Terung

terung
Pada pandangan saya, mungkin tidak ramai rakyat Malaysia yang gemar memakan terung. Hakikatnya, terung juga mempunyai banyak khasiat yang terkandung di dalamnya. Ia baik untuk menjaga kesihatan jantung dan berkemampuan menurunkan paras kolestrol. Ia juga kaya dengan kalium yang bertindak memulihkan paras natrium.

Melalui kajian saintifik yang dilakukan ke atas kulit terung itu sendiri mendapati bahawa warnanya merupakan sebatian kimia yang dikenali sebagai “nasunin” yang mempunyai aktiviti antioksida dan antiangiogenik. Dalam bidang kajian kanser, agen antiangiogenisis dikatakan sebagai agen baru yang mampu mencegah sel kanser daripada membiak dengan menghentikan pembinaan saluran darah. Semasa sel kanser membesar, ia memerlukan saluran darah yang baru untuk memberikan nutrien. Apabila saluran darah dihalang pembinaannya, sel kanser akan mati.
terung2
Selain itu, terung yang dikisar dan diminum dikatakan dapat melawaskan kencing. Terung juga baik diamalkan oleh wanita mengandung. Ia membekalkan folate, sejenis vitamin yang menjaga kesihatan janin dalam kandungan. Bagi yang menjaga kecantikan muka, terung boleh dikisar dan disapu ke kulit muka untuk menghilangkan jeragat dan memelihara kejernihan kulit muka.

Number of View :11845

7 comments

  1. terung mmg sedap dimakan……tapi biji2 terung tu makan x jd apendiks ker???? musykil…

  2. Mak selalu pesan lepas makan jering,petai atau kerdas untuk mengurangkan bau hancing makan sepotong dua ulam terung mentah .Boleh juga ditabur dalam bilik air.

  3. Ada pendapat menyatakan bahawa jika selalu makan terung….Badan kita akan senang dapat panau…..Betul ke..?

  4. mm…musykil jgk ngn komen2 terdahulu…satu peringatan, makanan hendaklah seimbang…tu amat penting…ada terbaca….eat by colors….pelbagai jenis…
    terung mmg sedap digoreng ngan cili atau buat pajeri…tp risau…ngn myk dan santan..yg selamat mkn terung rebus tp kena ngan sambal blacan..betul tak?

  5. Semua sayur ada khasiat jgn makan berlebihan, seimbangkan smuanya..terung sedap di panggang dan dicicah sambal belacan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam