Khasiat Sayuran dan Ulaman

KHASIAT SAYUR-SAYURAN
Dalam dunia moden, semua orang sibuk mengejar masa hingga kerapkali kesihatan diri kurang dititikberatkan. Tapi cukupkah dengan mengambil puluhan biji pil vitamin dalam pelbagai bentuk dan warna setiap hari? Kononnya sebagai pelengkap sajian yang dapat menampung kekurangan vitamin dan zat-zat dalam badan. Sedarkah kita sumber vitamin dan zat semulajadi yang terkandung di dalam sayur-sayuran tidak kurang banyaknya berbanding pil-pil tersebut? Telah terbukti sayuran berdaun hijau seperti cekur manis, kangkung dan kailan mengandungi kandungan Vitamin A yang tinggi. Vitamin C pula banyak didapati di dalam lobak merah dan pucuk ubi.
Sayur-sayuran boleh disediakan dalam pelbagai cara. Namun begitu, cara yang terbaik adalah dengan memasaknya dalam jangkamasa yang pendek agar dapat mengekalkan sumber vitamin dan zat-zat yang terkandung didalamnya. Lebih menarik lagi, kini sayur-sayuran boleh juga didapati dalam bentuk jus. Ini bermakna kita akan dapat menikmati khasiat sayur-sayuran bila meminum jusnya.
KHASIAT ULAM-ULAMAN
Selain buah-buahan dan sayur-sayuran, ulam juga merupakan sumber utama Vitamin A, Vitamin C, Asid folik, serat dan zat galian. Kajian saintifik membuktikan serat dapat membantu melancarkan sistem penghazaman, mengurangkan lemak dan seterusnya merendahkan kadar kolestrol dalam badan. Ulam-ulaman kini juga didapati dalam bentuk jus seperti jus peria, jus pegaga, jus tomato dan Iain-lain jus ulam.
Peluang untuk menikmati khasiat ulam-ulaman terbuka luas dengan meminum jus-jus ulam ini. Dengan ini mudah kita menambahkan Vitamin A, C dan zat-zat galian dalam tabiat pemakanan serta mengimbangkan diet kita dengan baik. Orang tua-tua juga mendakwa berjenis-jenis penyakit dapat disembuhkan termasuk kencing manis, darah tinggi danl ain-lain penyakit merbahaya. Bukti-bukti menunjukkan bahawa ulam juga adalah sumber awet muda. Ulam senang didapati kerana biasanya tumbuh liar atau boleh di tanam tanpa memerlukan penjagaan rapi dan tanah yang luas. Kekal cara hidup sihat, hindarkan diri dari penyakit dan jimatkan belanja dengan mengamalkan tabiat memakan ulam.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :8896

3 comments

  1. tepat sekali..ulaman adalah makanan terbaik!buktinya orang tua2 dlu lagi kuat berbanding orang sekarang…reason nya generasi muda skrang x suka ulaman sbg menu tambahan setiap hari…-Pencinta Ulaman- 🙂

  2. apakah ulam atau sayur yg boleh meningkatkan antibodi terhadap penyakit hepatitis B

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam