Khasiat Nanas Penawar Penyakit

Nanas atau dalam bahasa botaninya disebut Ananas Comosus. Selain enak dimakan mentah, buah ini juga boleh dijadikan jus minuman, Jem, masak kari, sambal, gulai ikan dan masak lemak ikan masin bersama nanas.
Sebenarnya, nanas tidak hanya berfungsi sebagai bahan makanan tetapi turut bermanfaat sebagai penawar untuk mengubati penyakit tertentu. Ber ikut adalah senarai penyakit dan kaedah yang digunakan untuk mengubati penyakit tersebut dengan buah ini

Sakit Perut Akibat Keracunan Makanan
Ambil nanas yang telah masak, kupas kulitnya dan kisar sehingga halus. Setelah siap, minum airnya sebanyak setengah gelas setiap kali selepas makan.

Masalah Kecacingan
Sebip nanas muda diparut halus dan diperah airnya serta dicampur dua senduk madu atau sirap gula batu. Kacau seketika dan diberi kepada anak yang menderita masalah kecacingan.

Demam
Air rebusan nanas diminum dua kali sehari sebanyak setengah gelas. Kaedah ini dikata-kan dapat menurunkan suhu badan akibat demam.

Melancarkan dan melawaskan pembuangan air kecil
Buah yang teah masak boleh dimakan atau dibuat jus. Kaedah ini dipercayai dapat melancarkan pembuangan air kecil.

Terseliuh
Buah nanas muda atau daun pokok nanas dihancurkan sehingga lumat. Setelah itu, bungkus dengan kain dan ikat pada bahagian yang terseliuh.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :9431

4 comments

  1. Nanas yang terdapat dalam gambar adalah dari jenis JOSEpine. Terdapat pelbagai jenis nanas seperti Nanas Gandul (nanas yang ditinkan) Nanas Sarawak, Nanas morris, Nanas Merah, Nanas Batu, Nanas Maspine atau Yankee dan lain-lain nanas kacukan baru.

    Untuk mendapatkan benih nanas Tel o12-7066365

    Untuk tempahan buah Nanas Tel 017-7063943

    Ubat memecahkan batu karang.
    Ambil nanas muda dibakar bersama Garam Mineral kemudian perah jusnya yang bercampur garam mineral lalu diminum. Batu karang akan pecah, larut dak keluar bersama air kencing. Amalkan meminum air Garam Mineral. Garam mineral ini mengandungi 70-80 jenis meneral. Untuk mendapatkannya tel 012-7066365 RM50.00 Kos Penghantaran RM6.50

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam