March 19, 2024
khasiat-lobak-putih Lobak putih atau nama saintifiknya Raphanus raphanistrum subsp. sativus tergolong dalam famili Brassicaceae. Ia mengandungi kandungan nutrisi dan khasiat pemakanan yang tinggi dan sering dikaitkan dengan mereka yang mengalami masalah penghadaman. Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan ia bukan sahaja menyakitkan tetapi turut menyebabkan seluruh badan terasa tidak selesa. Salah satu kaedah dalam perubatan tradisional untuk mengubati masalah perut meragam ialah dengan menggunakan lobak putih. Selain daripada masalah ketidakhadaman makanan, lobak putih juga baik dimakan oleh mereka yang menghidap bronkitis, sakit tenggorok, asma, batuk dan selesema. Ia bertindak menentang bakteria, menguatkan limpa serta mempunyai kesan-kesan antipiretik. Lobak putih juga sesuai dimakan sebagai ulam terutamanya di kalangan mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas. p/s: Di sini juga saya nak kongsi sedikit tips untuk buat sup lobak putih. Dipercayai Sup lobak putih baik untuk kesihatan buah pinggang dan juga untuk ibu-ibu yg menyusukan anak…

Cara-caranya mudah sahaja…

  1. Hiris bawang merah , bawang putih dan halia. Tumis dalam minyak yang sedikit.
  2. Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.
  3. Biar ia mendidih selama 15 minit. Masukkan serbuk pati ayam dan garam.
  4. Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.
  5. Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
  6. Boleh dihias dengan daun bawang dan daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :59149

13 thoughts on “Khasiat Lobak Putih

  1. entry ini sangat bagus. Umur saya 58tahun mengidap diabetes 10 tahun,darah tinggi 4 tahun, bengkak hati.Kerap juga dapat jangkitan saluran kencing bila ambil antibiotic baru sembuh. Jemu juga terpaksa telan ubat tiap2 hari.kalau miss ubat, diabetes tak control pula.nak ambil ubat tradisional yang di iklankan takut beri kesan pada hati.saya ambil teh misai kucing saja kerana doc kata selamat.Ada juga saya minum teh kulit kayu manis yg saya buat sendiri. 2 minggulepas kedua kaki sembab berterusan risau juga takut kegagalan ginjal kencing, kencing tak lawas.Ada seorang kawan dia juga mengidap diabetes lebih lama dari saya.dia yg nasihatkan minum jus lobak 2 x seminggu untuklawaskan kencing,baru ari ni saya minum rasanya tak bolih cakap le..

  2. Dikatakan oleh orang tua-tua bahawa jus lobak putih ini baik untuk lelaki yang dijangkiti penyakit kelamin. Sebagaimana yang kita tahu bahawa lobak putih bersifat antibakteria, jadi rasanya bolehlah dicuba jika berkeyakinan.

  3. Ingin berkongsi bersama berkenaan lobak putih.. saya baru 2 minggu mengamal minum jus lobak putih..rasanya susah hendak diketa..menyengat…tapi saya dapat merasakan badan saya sepeti ringan..rasanya lobat putih ini menyahtoksid di dalam badan kira. Sebelum mengamalkan jus lobak ini saya mengalami darah tinggi alhamdullilah masa ini kadar gula dan tekanan darah saya turin.. saya hanya amalkan 2 kali sehari jus lobak sehari..Alhamdullilah ianya baik untuk kesihatan…tahap pengambilan makann juga telah berkurang… kalau makan lebih rasanya perut sudah penuh..saya merasakan perut kita dishrinkkan seperti sebelumnya…insallahkalau anda percaya pasti berja mengurangkan berat badan anda…

  4. Bagus!, menu utama saya dalam bulan puasa ni.Sebelum ni badan sering lemah sebab banyak angin.Sejak amalkan makan lobak ni, angin keluar dengan banyak.Badan pun ringan dan lebih confident.Cara makan buat sup dan juga buat jus.Alhamdulillah.

  5. Nak Tanya EN. LEE bagaimana nak buat jus lobak putih. Kongsilah dgn kami, berpanjangan mereka yg berbadan sihat dan kuat mcm EN. LEE. TK

  6. Salam. satu lagi khasiat lobak putih ini untuk menambahkan susu bagi ibu2 yang baru bersalin. insyallah. saya telah buat dan berkesan pada isteri saya yang baru bersalin. alhamdulilah .

    1. lobak putih
    2. sawi
    3. pucuk betik

    3 jenis benda ini dapat membantu.

  7. Untuk masalah batu karang juga elok, sbb lobak putih melawaskan kencing dan mencuci buah pinggang. Saya selalu buat masak lemak kuning. Sedap sgt. Resepinya :

    Tumbuk sedikit jintan manis, jintan putih, cili api, kunyit hidup, bawang merah dan bawang putih. Masukkan kedalam periuk bersama lobak yang dipotong bulat2 dan masukkan santan n garam. Jerang hingga mendidih. Didalam kualai yg berasingan, tumis bawang putih n merah dgn sedikit minyak. Bila kuning, tuangkan bersama minyak ke dalam masakan lobak kuning tadi. Kacau n hidangkan. Erm….memang sedap!

  8. lobak putih baik untk mereka yg kna UTI yg xde ubat yg dpt hilangkan sakit tu.trutama apabila smpai melarat ke buah pinggang. jwpan yg tepat ialh jus lobat putih,minum setiap hari slama 1 bln. 3kali shari.cra nk minum sulam dgm aik kopi pekat,atupn sulam dgn jus crenbarry,,pasti anda xkan muntah bila minm jus ni..allhmdllh

  9. Lobak putih dan jamur merupakan bahan dasar bumbu vegetarian. rasanya seperti bawang putih. bagi vegetarian yang tidak makan bawang sangat cocok untuk masakan berkuah

  10. saya ingin kongsikan bagaimana lobak putih sangat berkesan utk saya. hampir 6 tahun saya mengamalkan makanan berunsur kologen pelbagai produk.hasilnya..keputihan saya makin banyak seperti tasik (hasil Pap smear). Bertambah malang, keputihan makin teruk sehingga berbau hanyir (Sangat sedih apabila bersama Suami).Puas saya makan pelbagai jamu.Hampeh.Masih berbau.Keputusan terakhir saya, sebelum bertemu Pakar Sakit Puan,saya makan lobak putih setelah mak saya meminta nasihat bidan dan orang2 tua.Saya amalkan hanya 4 hari (rasa sangat lah tak sedap)..tetapi hasilnya keputihan saya kering dan tidak berbau.Alhamdulillah.Saya tolak semua kolagen dan hanya mengamalkan sayuran semulajadi.serik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam