Khasiat Kucai

Ada sesiapa yang menanam pokok kucai dalam pasu di rumah. Tahukah anda Kucai ( Allium schoenoprasum ) adalah sejenis sayuran yang menyerupai pokok bawang yang berasal dari keluarga Lili. Kucai sememangnya terkenal sebagai penyedap masakan terutama dalam masakan mee goreng, cucur udang dan sebagainya.
Khasiat Kucai mengandungi vitamin B dan C, dan karotin . Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.

Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.

Number of View :15015

8 comments

  1. di indonesia disebut jug bawang kucay, dimasak untuk membuat tumis, kalau di daerah saya kucai sebagai tambahan pada tauge goreng, wuh maknyos ueenak banget

  2. mcm mana nak tanam kucai dlm pasu? saya tinggal di apartment, balconi saya hanya dapat cahaya matahari lebih kurang 1 jam, boleh hidup le kucai tu nanti?

  3. boleh idup. janji jaga tnhny. gembur. jgn tlalu lmbab. lg elok bli pasu bulat besar (rm20-40+ gak) tnm pkk saleri, semai bwg putih n bwg merah. tngok blh muat tak 1 pasu lg kt apartment. jika ya, tnm pkk kaduk, kesum, kemangi n semai halia, kunyit. tk blh guna isi, blh guna dauny. kalu serai, sexy tk jamin. jika tk idup gak.. mukin tgn panas. slmt mcuba.

  4. saya duduk apart. tanam pokok semua menjadi… janji kita rajin layan pokok2 tu. orkid pun sy tanam. pokok cili, kucai, daun kari…subur betul.. petuanya siram air beras…

  5. Buah larak…em…masih teringat lagi enak nya. Masa tu tahun 1973, kakdarjah 3 atau 4…selalu mandi kat telaga di belakang rumah dekat hutan tepi sungai. Sambil tunggu giliran kak yang masa tu kanak-kanak lagi merayau2, dapat buah ni, picit2 makan isinya yang lembik berbiji warna kelabu…boleh tahan juga masam2 manis tapi enjoy.Nak makan senang, hujung buah tu yang masak betul cubit sikit, picit aje isinya ke mulut..
    kat mana ada buah ni…dahanya yang liat menjalar boleh buat buaian amcam tarzan buat…lama kak rindu buah ni…tak ada lagi..sapa-asapa yang dapat bagi sikit lah….sebelum masak warna kuning bergetah, tapi bila masak merah gelap..sedap…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam