March 29, 2024

Dikenali dengan nama Cocos nucifera dalam bahasa botaninya, kelapa dipercayai berasal dari Kepulauan Melanesia. Antara khasiat bahagian kelapa yang mujarab untuk dijadikan penawar merawat penyakit adalah:

Air kelapa. Amalan meminum air ketapa dikatakan dapat mengatasi masalah keracunan, cirit-birit, demam panas, bronkitis dan kesukaran membuang air kecil dan besar.

Akar.  Bahagian ini ditumbuk lumat untuk dijadikan ubat pupuk bagi rawatan penyakit kelamin.
Minyak kelapa. Berupaya menyembuhkan sakit gigi atau gusi. Di samping itu, minyak kelapa pada pelita yang bernyala dititiskan pada bahagian parut luka lama dipercayai dapat menghilangkan parut tersebut.
Santan kelapa. Dikatakan dapat digunakan sebagai rawatan untuk penyakit busung, demam panas, muntah dan batuk berdarah.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :9612

2 thoughts on “Khasiat Kelapa

  1. kelapa mengandungi pelbagai khasiat. minum la air kelapa yg segar bukan yg dalam kotak. banyak kegunaan kelapa ni dalam masakan. jus kelapa pun sedap rasanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam