March 28, 2024

kangkung

Artikel kali ini adalah sejenis sayur yang popular di kalangan masyarakat kita. Sayur kangkung memang tidak asing lagi sama ada dimakan dengan cara menggorengnya atau dicelur untuk dibuat ulam. Terdapat 2 jenis kangkung iaitu kangkung kampung tumbuh liar di sawah padi ataupun di mana-mana kawasan lembab yang berair dan sejenis lagi kangkung di tanam menggunakan benih di kebun-kebun sayur.

Dari segi perubatan tradisional , ia mampu untuk meredakan kesakitan serta mengecutkan bisul. Caranya ialah dengan menggunakan segenggam daun kangkung yang segar bersama-sama batangnya kemudian di tumbuk sehingga lumat. Campur dengan sedikit garam lalu ditempelkan pada bahagian yang bengkak. Biarkan hingga kering dan anda akan dapati bisul itu kecut dan tidak lagi terasa sakit atau berdenyut-denyut. Ulang beberapa kali lagi hingga bisul sembuh sepenuhnya.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :18186

6 thoughts on “Khasiat Kangkung

  1. kangkung atau ipomea reptans adalah sayur herba yg kaya dgn zat galian dan vitamin. drp kajian yg pernah dibuat didapati bhw kangkung mampu melegakan beberapa ketidakselesaan akibat insomnia, buasir, migrain dan keguguran rambut. cara guna ialah makan dgn cara ulam (dicelur dahulu) atau ditumis mengikut kesukaan. bg memulihkan keguguran rambut gunakan lendir drp ramasan kangkung segar dan lendir td dilumur rata keatas lapisan rambut dan balut dgn tuala bersih selama setengah jam kmdn basuh spt biasa dgn air bersih..klu yakin boleh dicuba…

  2. salam. tak tahu plak yg kangkung ada nilai perubatan sblm ni.kangkung dalam gambar tu kangkung cina dan ada lg satu jenis kangkung yg berdaun lebar yg banyak kedapatan kat taliair terutama sebelah utara ni.kangkung jenis ni selalunya dibuat gado gado atau dijadikan campuran dlm yong tau fu

  3. Kangkung kurang sesuai bagi mereka yang berpenyakit gout dan digalakkan untuk membuang pucuknya bagi mengurangkan kandungan uric asid dalam sayuran tersebut…

  4. kura2 sexy suka sgt dgn kangkung nih! memilih! jika sexy tepuk tgn n acah2 dgn kangkung ni, pasti dia dtg dgn bsmgt n bselera betul jika dsuapkn.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam