Khasiat jarum tujuh bilah

Khasiat jarum tujuh bilah

JARUM tujuh bilah dikategorikan sebagai tanaman herba yang turut diminati orang ramai untuk ditanam di dalam pasu dan halaman rumah. Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar. Ia adalah genus paling primitif dalam keluarga kaktus.

Pokok ini dipercayai berasal dari Korea Selatan tapi boleh didapati dengan mudah di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Malah ia adalah tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim.

Keadaan optimum untuk pertumbuhan mesti ada sinar matahari yang terang dan iklim tropika Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak. Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan.

Ada 15-20 spesies pereskia terutamanya dari Afrika Selatan, Amerika Tengah dan India Barat. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah.

Kegunaan:

Jarum Tujuh Bilah dikatakan boleh membantu dalam rawatan penyakit kanser terutamanya kanser kolon (usus besar), kanser hidung dan juga kanser lain.

Ada tiga cara menggunakannya, pertama dengan memasukkan lebih kurang dua helai daunnya ke dalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum, kedua daunnya dimakan sebagai ulam satu hingga tiga helai setiap hari dan ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat , campurkan air dan jusnya diminum.

Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita.

Kajian terhadap kandungan kimia yang terdapat dalam pereskia dan tindakbalas sel kanser terhadapnya boleh didapati di http://www.moste.gov.my

Ia dikatakan dapat mengubat darah tinggi dan kencing manis.

Cara menanam:

· Mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk.

· Boleh membiak melalui biji benih.

· Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi.

· Daunnya rangup dan sedikit berlendir serta boleh dijadikan ulam atau salad.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

 

Number of View :25770

27 comments

  1. Boleh perjelaskan maksut ‘meminum’ kalau diambil buat ulam, lepas makan tentu minum? Tq

    “Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita.”

  2. daun ni jgak bagus untuk mengubati penyakit kanser payudara..alhamdulillah terdapat bukti rakan saya yang menghidap kanser payudara, setelah mengamalkan makan daun tersebut 1-3 helai sehari, selama 2 bulan, kansernya sudah berkurang…kita hanya berusaha mengubati, Allah yg tentukan..so, segala ape yg Allah tumbuhkan di muka bumi ini, segalanya mempunyai khasiat..kita sja yg perlu tau isi kandungan dan mengkaji nya..wallahu alam..

  3. pohon jarum tujuh bilah memang terkenal khasiat mengubati kanser payudara dan juga menjadi pohon hiasan berbunga oren dan pink yang sangat cantik dan berbisa bila tercucuk durinya hehehe…….

  4. saya ada tanam pokok yg dipanggil 7 jarum bunganya orange, pokoknya agak tinggi kalau tanam di tanah adakah ia sama?
    Elok sertakan gambar.

  5. saya ada tanam pokok ni , bunga nya warna oren buahnya hijau keras. sesekali cuba juga kunyah daun mentah, tidak pahit dan berlendir sikit. pokok nya bolih membesar kalau tak di cantas.

  6. Saya juga ada tanam pokok ni dalam pasu.eloknya kalau nak tanam, kat tanah je.Tapi bila dok kat hutan batu ni.kat pasu pun ok gak.Nak tanamnya hanya dr keratan batang je.senang hidup.Selain untuk ubati kanser,boleh juga untuk darah tinggi.untuk darah tinggi cukup diambil 3 helai sekali makan.

  7. pokok ini terbukti mudah hidup (mudah di tanam). ranting yang patah dan dah layu boleh dicacak dalam tanah – hidup !

    saya memang ada makan daunnya – makan begitu saja. saya nak tanya, bunganya tu boleh dimakan ke ?

  8. saya ada tanam pokok ini. memang terbukti dapat mencegah kanser. tetapi saya hanya makan pucuknya sahaja dan perlu minum air mineral @ air tapis + secubit garam bukit (1 liter air)- 6 kali sehari.

    Kanser payu dara sukar untuk dikenalpasti. kalau dapat dikesan pun mungkin sudah di tahap 3. tetapi kalau makan pucuk daun jarum tujuh bilah, barangkali anda dapat mengesan ketulan kanser lebih awal. dan anda akan berasa sakit apabila meminum air garam bukit tersebut. sakitnya akan menangkap pada bawah ketiak dan tangan.

    Teruskan amalan memakan pucuk daun jarum bilah dan air tapis contoh air tapis rx-water dan garam bukit. Lama-kelamaan sakit akan hilang dan ketulan tersebut akan mengecut.

    Lendir daun jarum tujuh bilah juga berguna pada bisul. lendir tersebut mampu mengecutkan bisul kecil dan bisul yang bernanah tanpa memicitnya.

    saya suka makan pucuknya kerana daunnya lembut dan muda. lagipun rasa lendirnya tak sedap. saya makan bersama nasi. saya makan spesis bunga oren. bunga purple daun nya lebih tebal dan keras sedikit.

    Selamat mencuba. Mudah-mudahan dapat membantu pesakit kanser. mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

  9. Saya tanam pokok ni jugak. Dulu, senang nak berbunga. Sekarang, susah betul nak berbunga. Siapa-siapa tahu macam mana nak buat ia berbunga lagi?

  10. Saya tinggal di SS2 seapark. Mak sekarang kanser breast dgn perut- stage 4 la…ada sesiapa tau mana ada pokok ini iaitu jarum tujuh bilah..
    boleh email aku tak…urgent la…beribu terima kasih kesemua yang hati baik.

  11. @ahmadujang@ahmadujang – Saya tinggal di SS2 seapark. Mak sekarang kanser breast dgn perut- stage 4 la…ada sesiapa tau mana ada pokok ini iaitu jarum tujuh bilah..
    boleh email aku tak…urgent la…beribu terima kasih kesemua yang hati baik.

  12. Mula mengenali pokok ini semasa bertugas menjaga site membina landskap di Kem Bina negara di Gua kelam , Perlis di mana kontraktor tersalah membekal pokok yang janda kaya diminta dengan pokok tujuh bilah ini(roses of sheron) setelah berlaku kesilapan pengesahan dari pengusah tapak semaian

  13. saye ada jgk tanam pokok jarum 7 bilah ni,yg spises bunga warna merah.tp hri ni trcucuk duri nye kat jari,sakit yg teramat n mulai bengkak.Mcm mne untk mengubati bengkak ni???????tolong yee………….

  14. saya baru mengenali tumbuhan ini.pernah tercucuk durinya.bisanya hanya Allah saja yang tahu…bapa menyuruh saya mencari buah kelapa sawit yang telah masak dan gonyohkan pada luka tertusuk duri.Alhamdulillah hilang sakitnya.Juga saya mengamalkan memakan pucuk daunnya sebagai ulam..kerana saya menghidap kencing manis.Alhamdulillah..setelah saya mengamalkannya..kencing manis saya telah turun 5.3 mmolt…

  15. …sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4. insya allah. memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm180 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh…daun daun herba warisan terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah.. .. .merawat dan membaik pulih…jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi… sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh Penawar kanser dan herba: Saya juga akan membantu anda memberi nasihat dan motivasi bagai mana untuk hadapi kanser..cara2 utk bdepan knser..pemakanan..dan nasihat2 utk anda..pada anda kanser adalah petama dalam hidup…pada sy yg dh jumpa ramai pesakit..munkin kita bley bkongsi pendapat n bgai mna hendak merawat sampai sembuh..sy hulur kn tangan pd anda..sambut lh sebelum telambat..ramai pesakit sy sudah sembuh.anda bila lagi….hubungi atau wasup kan saya dengan segera.0174687570 mohd zuhairi NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam