Khasiat akar kelulut

Ketika sebelum era sains dan teknologi ini, antara permainan yang cukup popular adalah buah daripada pokok kelulut. Apa tidaknya, selain pokok itu dendiri senang ditemui kerana habitatnya dikawasan tanah terbiar, buahnya juga mempunyai fungsi sebagai bahan permainan.

Walaupun buahnya adalah sebesar bijik mancis, tetapi ia sememangnya cukup senang terlekat pada pakian atau kain seseorang. Ini disebkan buahnya itu disaluti oleh bulu yang sememangnya agak sensitif pada pakaian ataupun kain yang kita pakai. Oleh itu, tidak hairanlah, selain dari membalingnya, kalau kita terlanggar pokok itu pun, buah-buahnya akan terlekat pada fabrik kita.

Bagaimanapun menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik, Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi MARDI, serdang, Dr. Ahmad Zamzam Mohamed, pokok ini turut mempunyai keistimewaan dari aspek perubatan herba. “Kelulut atau nama saintifiknya, Urena lobata, mempunyai keistimewaan yang nyata jika dilihat pada aspek perubatan herba atau tradisional,” katanya.

Beliau menambah, hakikat ini adalah berdasarkan kepada pengakuan pengamal-pengamal perubatan tradisional,” katanya lagi. Antara keistimewaannya, jelas beliau adalah untuk mengurangkan sakit gigi. Caranya ialah mengambil akar pokok kelulut tersebut. Caranya yang sering diamalkan adalah ambil akar pokok kelulut dan bersihkannya terlebih dahulu. Kemudian kunyahkanny perlahan-lahan.

Akar pokok kelulut juga, tambah Dr Zamzam lagi, turut digunakan bagi merawat demam yang berpanjangan. Katanya akar tersebut ditumbuk terlebih dahulu sehingga agak lumat sedikit dan setelah itu, kisarkanya dengan sedikit air. Selepas itu, tapiskannya bagi mendapatkan air atau jusnya. Dan minumlah secara perlahan-lahan.

Tetapi untuk merawat luka-luka pula, kata beliau, adalah agaknya berlainan sedikit, walaupun ia mudah dilakukan. “Caranya adalah ambil beberapa helai daunnya. Tumbuk sehingga lumat dan pupukkannya ditempat luka tersebut,” katanya.

….dari keratan akhbar Mingguan Malaysia

 

 

Number of View :4696

One comment

  1. Pokok Kelulut ada 2 jenis warna bunga. Jenis bunga warna ungu mudah didapati manakala jenis bunga warna putih jarang-jarang kita jumpa. Fungsi sebagai herba sama je tapi ramai berpendapat pokok yang berbunga putih mempunyai kelebihan tersendiri. Rebusan akar boleh mengurangkan sakit perut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam