Khasiat Gajus

gajus
Pucuk Gajus sememangnya sudah terkenal dalam dunia ulam-ulaman. Memang sedap sekali dicicah dengan sambal belacan dan di makan bersama nasi. Selain itu, daunnya juga mempunyai beberapa khasiat yang ramai orang tidak tahu. Daun gajus boleh dijadikan teh bagi merawat diarrhoea, ketidakhadaman perut dan sakit perut.  Patinya pula boleh digunakan untuk mandian, manakala kulitnya pula boleh dijadikan sebagai teh untuk merawat penyakit diarrhoea dan dysenteri.
gajus2

Selain daun, bunganya digunakan bagi merawat batuk dan bijinya boleh digunakan untuk mengatasi asma. Asid anacardic, asid galic, asid salicylic dan rasrcinol yang terdapat dalam bijinya atau jus segera boleh digunakan untuk merawat gastrik dan masalah uterine dan penyakit dropsy (busung). minyak yang terdapat pada kulit bijinya boleh digunakan untuk membuang ketuat dan bintik- bintik pada kulit.

Mungkin ada lagi petua dari orang lama dengan menggunakan bahagian dari pokok gajus ini. Di harap dapatlah anda kongsikan bersama.

Number of View :11466

14 comments

  1. Kalau dimakan mentah pasti kerongkong tidak selesa tetapi jika dibuat gulai masak lemak dengan udang makan satu periuk pun kerongkong tak sakit. Teringat zaman kanak-kanak waktu tu susah nak dapat barang mainan so masa tu kalau nak main bot laju kami guna rumput atau daun lalang. Ambik hujung rumput atau lalang dapatkan dalam 1 inci kemudian ambil biji gajus dan ketuk untuk mendapatkan minyak. Titis dibahagian atas pangkal rumput kemudian letak dipermukaan air anda akan dapati rumput atau lalang akan meluncur laju.Selamat mencuba.

  2. Salam Tuan

    Saya baru membaca dan melayari Blog tuan yang sangat bernilai bagi saya yang kurang arif tentang tumbuhan. Mulanya mencari gambar ‘Buah Putat’, bila saya buat carian di Google, maka terpaparlah tajuk blog ini. Pandangan saya, hebat dan berinformasi. Teruskan usaha anda dalam mengkatalogkan segala jenis tumbuhan herba ini. Syabas

    Izinkan saya menambahkan link di Blog saya ye.

    Terima Kasih

  3. waaa….buah jangguih,sedapnya msk lemak kuning dgan ikan masin…..perah dulu air buah gajus ni & belah 2 serta masak lemak kuning dgn ikan masin…Tapi awas,airnya jgn terkena pakaian terutama pakaian putih…alamatnya bertompok hitamlah…!!!

    Pucuknya palak hiris halus2 & wat kerabu dgn sardin pun sedap.potong cili padi & bawang serta perah limau nipis…hiris halus makan dgn laksapun best..nak plak laksa beras dibuat menggunakan kebuk tembaga …Sekampung pakat turun gotong royong pulas kebuk yang besar gedabak tuh…Nostalgianyer…!!!!!

  4. Setuju dgn chah…pucuknya dibuat kerabu,mmg sdp. Makan dengan laksa pon sedap. Arwah tok saya cukup suka dgn buah nyer. Potong buah tu, perah sikit untuk buang airnya dan letak garam sikit. mmg sedap di mkn. tekak pon x berapa nak perit sgt bila dh di buang sikit airnya.

  5. wa…skarang tengah musim ke balqis?
    Bawa la skit… meleleh air liur membayangkan kenikmatan & lazatnya lemak kuning gajus + ikan kering….

  6. walaweh chah..taksure ar kat kmpong ada ke tak..hopefully kat pasar ada la org jual..tk pernah rasa..tu yg nk try tu..tpkan dgn cuaca panas cm nie sedap pekena timun aceh.

  7. buah gajus yang dibuang air dan dicincang + sotong + bawang besar dibelah 6 + cili dibelah 2 + santan + garam. dimasak dan pastikan jangan sampai pecah minyak. memang sedap…..

  8. daun gajus boleh dibuat ulam dan juga kerabu dicampur dgn ulam lain.buah yg sudah masak diperah airnya sedap masak lemak.biji gajus amat sedap,dibakar.caranya,leraikan biji dr buahnya .jemur selama seminggu.bakar dlm kuali yg x lg digunakan.peringkat pertama.api bawah shj,sentiasa dikacau.guna kayu yg panjang sbg senduk.peringkat kedua,masukkan api dlm kuali.part ni utk hilangkan getahnya.agak dah masak,masukkan pasir sungai utk padamkan api.setelah sejuk ,sediautk diketuk dan mkn.ingat guna kaedah tradisional.selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam